Wednesday, June 15, 2011

Alahai~ Review filem "berani punya budak"

Filem Berani Punya Budak, sebuah filem arahan Afdlin Shauki membuat kelainan apabila ia melibatkan kerjasama antara 2 syarikat produksi daripada 2 buah negara, iaitu VW & Ismail Holdings. Seperti biasa, Afdlin Shauki sering mengetengahkan filem berkonsep humor dan filem ini didokong oleh barisan pelakon hebat seperti Awie, Afdlin Shauki, Johan Raja Lawak, Nabil Raja Lawak, Riezman Khuzaimie & Adlin Aman Ramlie.

Berani Punya Budak merupakan filem versi bahasa Melayu untuk filem Thailand Brave yang turut menampilkan Afdlin Shauki dan Awie sebagai pelakon watak utamanya.


Tagline: KALAU TAKUT DIPUKUL GANGSTER, JANGAN BERUMAH DEKAT DENGAN RUMAH GANGSTER.

amacam? 


Sinopsis:
Shuhami Abdullah/Tong (Afdlin Shauki) baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol & disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi berceritakan mengenai kehidupan abang iparnya.

Pairot, kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara dan dia menguruskan restoran bersama iparnya, Tong. Kemudian, satu hari Pairot mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir, iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit.

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil tersebut menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan.

Pairot terpaksa melakukan kerja itu dan berjaya melepaskan Tong. Namun, perkara tersebut menjadi kucar kacir apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah & diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia. Mereka berdua berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk menjumpai timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri.

Walau bagaimanapun, semakin lama mereka semakin terperangkap dengan situasi ini, dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal. Adakah mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut?


Info Filem Berani Punya Budak:

Pengarah: Afdlin Shauki
Penulis: Afdlin Shauki (Lakon layar)
Lakonan: Afdlin Shauki
Pelakon Utama: Awie, Sharifah Sofea
Penerbit: Afdlin Shauki
Penerbit Eksekutif: Datuk Jason Lau
Syarikat Penerbit: Vision Works (M) Sdn Bhd
Bahasa: Bahasa Melayu
kategori: Filem Cereka
Genre: Aksi, Komedi
Klasifikasi: U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan: 2011

p/s: Aku harap cerita ni tak menghampakan. Berdasarkan trailer dia, tak sabar nak tengok oo.,
thanks to FAKHRI MUSA

4 comments:

ZIPPO MILLER said...

cantik....ade review movie....yeahhh

hyemynameisrasyid said...

@zippo:
hehe.,boleh la stakat info mmber2 ni.,
cm best je cter ni.,hoho

Aimifiqa said...

bile kuar ni? cam best je ><

hyemynameisrasyid said...

@aimifiqa:
em.,xsure la.,tp dlm thun ni la.,^^
tula.,trailer cm best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...