Thursday, June 30, 2011

Alahai~ Durian tanpa duri

Pernah tak korang jumpa durian tak berduri? Yes, tak berduri...agak pelik bunyinya kan. Yela, sebab durian ni lebih sinonim dengan buah yang berduri dan beraroma harum~

jom baca artikel kat bawah ni---->

Alahai~ KL hamster(not KL gangster) trailer


1st time aku tengok video ni memang gelak habis. Tak bleh blah betol. Hamster kot. Anyway, dia punya shoot mmg terbaik, ada bakat besar untuk jadi pengarah ni. ^^
try la tengok video dia kat bawah ni~

Alahai~ Otak korang dah tercemar or masih lagi ok


apakah jawapan korang?
otak korang masih lagi ok or dah tercemar? hahaha~!

Wednesday, June 29, 2011

Alahai~ Belon+api=? (kebodohan seorang mamat mana entah)


Aku tak sure gas apa yang mamat ni masukan dalam belon tu. Sebab kalau pakai main tiup je, api takkan menyala sebab tiupan yang keluar dari mulut kita ofcos la carbon dioxide kan. But, mamat ni memang~ 
-.-'

Alahai~ Senyum....tak perlu kata apa-apa(segmen zippo)

Okeh, entry ni berkaitan dengan segmen anjuran Zippo ataupon blognya http://zippomiller.blogspot.com/, dan aku join sebab aku berminat untuk berkongsi gambar bawah ni. Dan ofcos, support member-member untuk memeriahkan lagi segmen ni. tadaaa~

-senyuman keriangan kanak-kanak-

kepada korang-korang yang berminat nak join dan kongsikan senyuman menarik anda, boleh la ke http://zippomiller.blogspot.com/2011/06/zippo-datang-lagi-dengan-sagmen-baru.html

p/s: Adik aku dan anak sedara aku. ^^

Alahai~ Fakta menarik tentang payudara(tak minat jangan klik)


1st sekali, kepada yang singgah ke entry dan fikirkan entry ini entry lucah or memang mengharapkan entry ni entry lucah, diharap korang dapat membacanya dulu. ^^

Salah satu daya asset paling utama bagi seseorang wanita adalah di bahagian payudaranya. But, ada beberapa perkara unik tentang payudara yang mungkin belum korang ketahui. Jom layan~

Alahai~ Matluthfi dalam remaja tv9 1 JULY 2011, 6.30ptg Jumaat ini!

kepada peminat-peminat MATLUTHFI90, jangan lupa saksikan beliau 'REMAJA' tv9 pada 6.30petang, jumaat, 1 JULAI 2011.

Alahai~ Jom tengok bumi dari 100 000ft melalui belon



Tahukah anda macam mana rupa bumi kita kalau dilihat dari jarak 100, 000 kaki dari atas? tinggi tu,...selalunya kalau naik aircraft besar-besar pon cuma akan mencapai altitude sekitar 30 000ft to 40 000ft(tu pon dah dikira tinggi). Dan record altitude paling tinggi yang dipegang oleh aircraft adalah 85, 135ft oleh aircraft jenis fighter model lockheed pada june 1965. Lama dah tu-.-'


-lockheed-


okeh!, kat bawah ni tunjuk bagaimana gambar video dari 100,000 kaki jarak dari bumi yang dirakam melalui belon. Sangat smart,

Alahai~ sup janin di china

Berdasarkan post aku sebelum ni, (click here) korang sememangnya tahu yang orang di negara china memang makan benda pelik-pelik-.-'

dan ni aku rasa sangat pelik, lebih pelik dan pelik sepelik peliknya. Apa pandangan anda? kejam? tak berperikemanusiaan? untuk ubat? or pegi mampus la kat diorang?

ni antara gambar bagaimana penyediaan sup janin tersebut. jom~

Alahai~ Wordless wednesday 2




p/s: senyum ^^

Monday, June 27, 2011

Alahai~ Ikan paus yang meletup

Kejadian ini berlaku ini di Korea Selatan. Lama dah. Sekitar tahun 2004 dulu. Ceritanya camni, Ikan paus tu mati terdampar ditepi pantai. So, bebarapa ahli sains dari Tainan Science University nak buat research sket la tentang kematian paus tersebut. Then, diorang pun menggunakan treler untuk men'transfer' paus tersebut dari persisiran pantai ke University diorang kat bandar Taiping Tainan.

Alahai~ Perempuan yang kahwin paling banyak di dunia


Seorang perempondan perempuan ataupon femeymey female yang bernama Linda Wolfe dengan bangganya telah mencatatkan diri dalam Guiness Book of world Records apabila dia telah berkahwin sebanyak 23 kali. Beliau telah berkahwin 1st time masa umur 16 tahun dan sekarang Linda Wolfe telah mencecah usia 68 tahun(warga emas dan sesuai untuk join 'kilauan emas' -.-)

Sunday, June 26, 2011

Alahai~ Cyberlink PowerDirector 9 Ultra free download


yezza, jom kita mendownload software free.hehe
But, sebelum tu, kepada sesiapa yang masih tak boleh download barang-barang dekat site-site yang di block, sila klik sini- Unblock website

ok, kepada yang dh tau apa itu cyberlink powerdirector, bleh lah proceed ke step 1. Kepada yang tak tahu, ok aku cerita secara ringkas. Software ni merupakan sebuah software untuk meng'edit' video, yes, lebih kurang macam movie maker but cyberlink punya features lebih cool dan menarik. Sesuai untuk korang-korang yang baru nak berjinak dalam editing video ni, dan of cos, sesuai jugak kepada yang dah sememangnya pakar dalam edit mengedit video.

Alahai~ cara elak daripada dilanggar Kereta api paling cepat.


cara ni memang sangat berkesan kepada orang yang seringkali melalui or melintasi laluan yang ada rail kereta api^^. Terbaik, kalau tak best tak kan la aku nak letak kat sini pulak kan.

check this out~

Alahai~ wanita boleh 'scan' lelaki gay?

-CR tak gay ok!-

Sekiranya seorang wanita cakap camni, "Aku boleh scan lelaki gay dengan hanya usha dia je", dan yes, statement tersebut sememangnya betol dan bukan statement membabi buta. Ini yang aku baca dari sebuah akbar tempatan, Harakah Kosmo!.

Thursday, June 23, 2011

Alahai~ Jom layan kehebatan mamat ni~



Aku tak tau apa nama skill ni, yang pasti, Mamat ni memang hebat.
Video ni di share oleh FM dari page Alahai~.
dan, macam selalu, kalau tak best tak kan aku nak letak kat sini kot. So, jemput la tengok.

Wednesday, June 22, 2011

Alahai~ jom belajar 'Simple magic trick'.


Silap mata. Satu permainan yang menggabungkan kecekapan tangan dan kepandaian korang dlm penyampaian. Okeh!, ni aku ada satu trick mudah(aku rasa paling mudah) untuk korang yang berminat utk menceburi or mempelajari teknik silap mata ni. So lepas ni boleh la korang persembahkan  depan family dan kengkawan korang^^.

See this video~

Alahai~ Jom mengimbau kenangan zaman kanak-kanak ^^

Hmm, kalau korang membesar di era aku membesar, or lebih senang paham, umur korang lebih kurang dengan umur aku la, mesti kita dah pon melalui zaman kanal-kanak yang hampir serupa. Tak kesah la sama ada korang membesar di kampung or di bandar, yang nyata benda-benda ni semua akan familiar bagi korang as long as korang melalui zaman kanak-kanak di Malaysia seiring dengan aku.

 Okeh! jom kita tengok tentang...

Alahai~ Wordless wednesday


p/s: ...........

Anyway, blog aku xde iklan utk di klik, kalau nak klik jugak, klik la button "like" kat bawah post nih~

Tuesday, June 21, 2011

Alahai~ Bebaskan tangan dan jari anda(video sempoi)


Hoholiau~
Video ni di share oleh sorang kawan melalui fan page Alahai~ dalam facebook,.
Dan yes, video ni sangat menarik, kalau tak menarik aku memang taknak letak dalam ni.
So, tak rugi pon kalau korang tengok.
Enjoy k~

Alahai~ benarkah gajah takotkan tikus?

Ha, korang mesti penah dengar satu mitos pasal gajah sebenarnya takot pada tikus?. Yes, kalau korang tak penah dengar, sekarang korang dah pon dengar.

Okeh!, sejauh mana kebenaran mitos nih? jom kita tengok pembongkaran krew kami Mythbuster tentang mitos ini.
Lihat video di bawah~



Monday, June 20, 2011

Alahai~ Adobe Audition Free Download (kepada yang berminat dengan HOME RECORD)

Yezza, kepada yang sememangnya tau kelebihan ataupon yang baru nak mencuba ADOBE AUDITION ni. Aku galak kan korang cuba version 3 ni. Compare to version 2, yang kali ni lebih lengkap dan stabil. As we already know, Adobe memang satu nama yang sentiasa mengeluarkan produk-produk yang sangat mesra pengguna. So, ini sangat sesuai kepada sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dalam 'home record' ni.

Alahai~ Restoran penis binatang di China(18sx)

Restoran bernama ‘Guolizhuang Restaurant’, restoran China yang terletak di Beijing , China ini memang sungguh istimewa. Sebab apa? kerana restoran ni menghidangkan menu berbagai macam penis dan testis binatang untuk kesihatan. Semuanya terbaik dari ladang habak hang~

Alahai~ Orang jepun hebat.(3video)

Orang jepun memang terkenal dengan penduduk yang serba pantas baik dari segi teknologi mahupun mutu kerja diorang. So, tak hairan la kalau negara diorang merupakan salah satu negara yang sangat-sangat pesat perkembangan dalam bidang teknologi dan pembuatan produk

Kehidupan diorang ni pon kalau boleh nak laju dan cepat je. 
Try la tengok video-video kat bawah ni~

Sunday, June 19, 2011

Alahai~ kisah pendek tentang MELAYU dan KETAM.


Aku nak kongsi satu cerita menarik ngan korang semua. Mungkin kita boleh ambil iktibar dari cerita ni.
Sebenarnya kisah ni sorang member aku yang kasi.
ok, lets go!

Alahai~ Video 'Prank' sempena hari bapa.

video ni di share oleh Shakir wahid dari page Alahai~
cuba la korang tengok video ni. Kelakar pon ada jugak. Mamat ni main redah je. Kalau boleh semua lelaki dia nak panggil bapak.

Alahai~ Daging tiruan diperbuat daripada apa?


Para saintis di Jepun telah menemui kaedah untuk memproses tahi kepada daging tiruan. Pergh. pelik bai~
Mitsuyuki Ikeda, seorang pengkaji dari Okayama Laboratory,beliau ni lah yang telah menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia. Yes, beliau memang bijak. 

Friday, June 17, 2011

Alahai~ " BLOG WALKING BESAR-BESARAN !! "


peeewitttt~
Alahai~apa benda sebenarnya ni?
takde la, ni adalah satu segmen yg di organize oleh salah sorang rakan blogger aku iaitu incik Zippo
ataupon blognya buletin story, blog yang memaparkan isu-isu menarik, dan ye, aku takkan cakap macamtu kalau tak best.

Ar,. sebenarnya ni adalah yang pertama kali bagi aku dalam join menjoin segmen-segmen or contest-contest(but this is not contest ok). Tujuan utama aku masuk adalah untuk men support kawan aku ni dan of cos, teringin jugak nak promote-promote blog aku disamping dapat timba ilmu dari blogger-blogger yang dah lama berblog dan sememangnya jauh lebih baik meninggalkan aku.

Alahai~Kekuatan blog aku?
hmm, aku pon tak dapat nak pastikan lagi dimana kekuatan penulisan dalam blog aku ni memandangkan aku masih baru. Kemungkinan masih tak ada kekuatan pon lagi. As long as ada yang membaca/terbaca, satu pencapaian yang cukup untuk memuaskan hati aku..

p/s: mari2 cik adik, mari2 cik abang~

Alahai~ Britney Spears ada dalam 'Jackass 3' ???

Well, ramai yang tau cerita 'jackass' yang sememang nya memaparkan aksi-aksi jijik lagi tak bermoral dari geng-geng mat salleh yang bega-bega. Ok, video ni memaparkan kemunculan britney spears dalam rancangan tersebut dalam slot 'poo cocktail'...ops, JACKASS ye, bukan KICKASS ^^
so, apa lagi? meh kita layan~

Thursday, June 16, 2011

Alahai~ Macam mana nak buat suara Transformers

Video ni akan mengajar anda cara-cara untuk buat suara transformers. Modalnya hanyalah segelas coke.
Hebat tak hebat korang tengok la sendiri~
-lihat video di bawah-


Alahai~ cara untuk 'unblock' website-website yang di'block'.(tutorial)


hohohoho(bukan mery crismes). Okeh~!
Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ni pihak kerajaan tertentu telahpon mem'block' beberapa website sharing yang ada kat dalam ruangan internet ni. Yes, dan apakah effect kepada gologan macam aku? makanya, agak susah lah aku nak mendownload movie-movie baru or lama baik mat salleh or tempatan.
Sebenarnya tujuan kerajaan diorang buat camtu adalah untuk menggalakkan kita membeli dan bukannya mencetak rompak. Yela kan, karya orang buat susah-susah untuk jual supaya dapat untung, tapi kita senang-senang je download. Free pulak tu. hehehe~

Tapi ye la kan, benda FREE sape tak nak. Lagipon dalam era yang serba mahal-mahal ni, agak susah la nak melaburkan wang ke arah membeli dvd ori,hehe. Dan of cos, pembuat-pembuat Filem tu dah cukup kaya dengan kutipan-kutipan dipanggung, Tak gitu? 
SO, di sini. Aku akan mengajar korang macam mana nak 'unblock' website-website sharing yang di'block' tu. 
hahaha!(gelak jahat)

Alahai~ Harap-harap kat AirAsia tak jadi la camni.

AirAsia, well semua orang tahu yang airasia antara salah satu Airlines yang menawarkan tiket tambang murah. Bersesuaian dgn tagline diorang "now everyone can fly".
Dan biasa lah, benda kalau dah murah memang la ada kekurangannya kalau nak bandingkan dengan airlines lain contohnya Malaysia Airlines. Antara perbezaan ketara diorang adalah kemudahan dan layanan.
Tapi so far ok la kan, takde la tahap seperti video-video kat bawah ni.

Wednesday, June 15, 2011

Alahai~ "prank" ice cream yang melampau.(18sx)

video ni prank kat negara mat salleh.,
diorang punya ke rileks kan tu, sampai boleh prank orang sampai tahap ni. Kalau kat negara kita nak buat camni jangan mimpi la. Yela, kita ada adat dan budaya. Dan disitu jugak la terletaknya maruah kita. Bukan pada pengakuan "takde dara" dalam blog. ups^^

ok lah, apa-apa pon, layan video kat bawah ni~

Alahai~ Review filem "berani punya budak"

Filem Berani Punya Budak, sebuah filem arahan Afdlin Shauki membuat kelainan apabila ia melibatkan kerjasama antara 2 syarikat produksi daripada 2 buah negara, iaitu VW & Ismail Holdings. Seperti biasa, Afdlin Shauki sering mengetengahkan filem berkonsep humor dan filem ini didokong oleh barisan pelakon hebat seperti Awie, Afdlin Shauki, Johan Raja Lawak, Nabil Raja Lawak, Riezman Khuzaimie & Adlin Aman Ramlie.

Berani Punya Budak merupakan filem versi bahasa Melayu untuk filem Thailand Brave yang turut menampilkan Afdlin Shauki dan Awie sebagai pelakon watak utamanya.

Alahai~ Justin Bieber punya pendua

hoho., video ni di share oleh seorang rakan dari page facebook Alahai~
Kepada yang belum tengok video ni, sila lah tengok dan kepada peminat-peminat justin bieber, sila cari perbezaan pada mereka.,hehehehe~ which is more better?
anda yang menilainya~

Alahai~ Anak Melayu Pertama Menjadi Pensyarah di Universiti Oxford

Berapa ramai yang tahu pasal berita ni? berapa ramai yang tau pasal pemenang anugerah bintang popular tahun ni? dab berapa ramai yang tau sapa pemenang malaysian idol pertama?


Ini merupakan Malaysian Idol sebenar di malaysia yang patut dicontohi oleh semua anak-anak malaysia. 
lihat video di bawah~

Alahai~ Muzium dasar laut Caribbean

Pernah dengar muzium bawah dasar laut
well, check this out.

Muzium ni terletak di 121.92 m di dasar laut Caribbean , berdekatan dengan Cancun City , Mexico. So, kalau nak masuk muzium ni kena la ber'dressup' sebagai seorang perenang scuba. Muzium ni still dalam pembinaan lagi dan dijangka akan dibuka sebelum tahun depan.

Ni diantara gambar benda-benda yang terdapat dalam muzium tu. Layan~

Tuesday, June 14, 2011

Alahai~ Kenapa orang kita sering ditipu oleh warga Afrika?

Ini aku nak berkongsi sikit dengan pembaca tentang info yang aku 'grab' dari paper hari ni. Paper ni aku baca pagi tadi, akan tetapi, memandangkan siang tadi aku agak kebisiyan, so malam ni baru aku taip masuk sini. Ok, baca dulu info-info ni, then kita bincangkan~

Alahai~ Kereta yang hebat or pemandunya yang hebat?

Video ni di share oleh Fakhri Musa dalam facebook Alahai~
Try la tengok. Dijamin menarik.

Alahai~ Matluthfi launch kan album.

Mesti ramai yang dah tengok video ni, tak kesah la, kepada yang tak tengok lagi, sila la tengok. Kalau tak best mmg aku tak kan letak kat sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...