Dalam usaha untuk mempromosikan telur sebagai sumber makanan sihat dan murah, dan merayakan Hari Telur Sedunia, chef di Turki berjaya mencipta rekod dunia baru untuk telur dadar terbesar di dunia.
50 orang chef Turki, menggoreng 110,010 telur pada kuali raksasa, yang berdiameter 10 meter. Kerja menggoreng telur menghabiskan masa 2 jam lebih untuk siap dimakan.
432 liter minyak diperlukan untuk membuat telur ini. Acara ini diadakan oleh Persatuan Pengeluar Telur Turki sebagai cara untuk mempromosikan telur sebagai makanan lazat dan sihat.
Telur Dadar raksasa ini beratnya 4.4 tan, mengalahkan rekod lama 3,625 tan, iaitu bezanya hampir satu tan. Setelah di timbang,telur dadar ini dibahagi-bahagikan kepada ribuan penonton yang tertarik dengan baunya
p/s: pergh.,tiba2 teringat TELUR DADAR kat hassan seafood~
No comments:
Post a Comment