Aku selalu fikirkan pasal masa depan aku, contohnya soal kerja aku, amalan aku dan tak terlepas soal jodoh aku. Mungkin ada yang berpendapat bahawa di usia macam aku ni agak awal untuk bicara soal jodoh. Sebenarnya bagi aku, tak kisah la umur berapa pon, penting untuk kita rancang masa depan kita sendiri. Selepas itu barulah boleh berserah kepada yang Esa.
Okeh, disini aku nak kongsi sikit dengan korang yang baca blog ni pasal tanda-tanda jodoh dalam Islam.
Tanda seseorang itu boleh dijadikan jodoh kita adalah “3M”. Apa itu "3M"?
-Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh Memahami, Memaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik, InsyaAllah itulah jodoh kita. Baiklah, huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut:
-Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh Memahami, Memaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik, InsyaAllah itulah jodoh kita. Baiklah, huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut:
Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi or dipengaruhi sifat pasangan masing-masing.
Memaafkan - Sifat memaafkan ni amat penting, kalau takde sifat ni, nescaya hubungan kekeluargaan tak kekal lama (Ini mesti di elakkan). Lelaki memang lebih egonya, YES, nyaku je la. Namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga.
Memotivasikan - Pasangan mesti lah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin akan menyebabkan keretakan rumahtangga, so sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan korang.
_____________________________________________________
1) JODOH DARI SYAITAN
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
Setakat ni ok? orait, sekarang kita pergi pulak kepada bahagian DOA, jadikan lah doa-doa ni sebagai amalan harian, lepas solat ke. InsyaAllah. Allah akan permudahkan jodoh kita nanti.
Ok lah.,sekian saja perkongsian aku. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk tu dari kelemahan aku sendiri. Selamat ber'amal'~
p/s: kompang dipaluuuu~ pengantin maluu~
No comments:
Post a Comment