Saturday, April 30, 2011

Alahai~Kpop malaysia??






kpop? karipop? kentangpop? or popcorn~
cheeei(cam johan raja lawak)~ sendiri nilai, sendiri mau ingat.,haha!



DAN~
ni plak kpop malaysia pompuan.,


dan ni fesbuk diorang- http://www.facebook.com/igulagula

Aku tak kutuk dan aku tak menyokong.,kome tengok dan kome nilai sendiri.
dunia~


p/s: aku xleh handle sgt korea2 ni.,trutama boy band diorg.,ewwww~ but i love jessica.,hehe

Alahai~maksiat ni


Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan
Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua
keluar berdating…

Hamid : “Kita nak kemana nie?
Rosni : “Tak kisah la.. mana-mana pun boleh”
Hamid : “Apa kata kalau kita ke pantai..
Rosni : “Saya ok aje..”

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. merekahanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta.. Mulanya berbual biasa..
lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni.. nampaknya
Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya
beberapa inci ke atas… Rosni masih tidak membantah… hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan.. “Abang Hamid… ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial” Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa
ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : “Maafkan saya”
Rosni : “Tak apa”

Lalu mereka pulang… Di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka
buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca
kandungannya…

“Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja”

p/s: jauh kan diri dari perkara2 maksiat~

Alahai~fungsi babi dlm kehidupan kita?




Rujuk nombor di GAMBAR untuk mengetahui kawasan dan produk apa yang dihasilkan dari kawasan itu:

1. Uji kaji senjata kimia. Tisu manusia dan tisu babi hampir sama, maka ia sering digunakan untuk ujikaji senjata kimia.
2. Ais Krim. Digunakan untuk menghasilkan gelatin bagi mengawal proses penghabluran gula dan melambatkan proses pencairan ais krim. Ais krim ada gelatin??
3. Baja. Dihasilkan dari bulu babi yang diproses.
4. Mentega rendah lemak. Gelatin di bahagian ini digunakan sebagai tekstur.
5. Bir. Gelatin di bahagian ini digunakan sebagai agen penjernih. Bertindak balas dengan bahan pahit dan tanin untuk menyerap warna air keladak dan menghasilkan air yang jernih.
6. Pelembut Pakaian. Asid lemak dari lemak tulang di kawasan ini menghasilkan warna.
7. Berus cat. Dihasilkan dari bulu babi.
8. Jus Buah-Buahan. Gelatin digunakan untuk menyerap keladak bagi menjernihkan air.
9. Syampu. Asid lemak digunakan untuk menghasilkan warna syampu yang berkilat seperti mutiara.
10. Lilin. Digunakan untuk mengeraskan lilin dan mempercepatkannya menjadi cair.
11. Roti. Protein dari bulu babi digunakan untuk melembutkan doh roti.
12. Peluru. Gelatin tulang digunakan di dalam peluru.
13. Ubat berbentuk tablet. Gelatin digunakan sebagai lapisan luaran tablet untuk menjadikannya lebih keras.
14. Serbuk pencuci. Asid lemak untuk menguatkan campuran bahan kimia.
15. Cat. Asid lemak digunakan untuk menjadikan cat berkilat.
16. Tamborine. Dibuat daripada pundi kencing babi. Tak sangka alat muzik pun dibuat dari babi. Astaghfirullah..
17. Arak. Gelatin digunakan sebagai campuran di dalam arak untuk menjernihkan air.
18. Kertas. Gelatin tulang digunakan untuk mengeraskan kertas dan mengurangkan kelembapannya.
19. Heparin. Bahan yang digunakan untuk menghalang pembekuan darah, ia diambil dari mukus yang terdapat di dalam usus babi.
20. Sabun. Asid lemak dari tulang babi digunakan sebagai agen pengeras dan perwarna.
21. Gabus. Gelatin tulang digunakan sebagai pembalut.
22. Insulin. Diambil daripada pankreas babi kerana ia mempunyai struktur kimia yang paling hampir dengan manusia.
23. Yogurt. Kalsium daripada tulang babi digunakan di dalam sesetengah yogurt.
24. Rokok. Hemoglobin daripada darah babi digunakan sebagai filter yang bertindak sebagai paru-paru tiruan.
25. Filem fotografi. Gelatin tulang babi digunakan sebagai agen pelekat di atas filem itu.
26. Makanan anjing. Hemoglobin digunakan sebagai agen pewarna merah.
27. Terapi Photdynamic. Hemoglobin darah babi digunakan dalam ubat untuk merawat kerosakan retina. Ubat itu diaktifkan dengan pancaran laser pada mata.
28. Pelembap. Asid lemak daripada tulang digunakan sebagai bahan campuran di dalam pelembap.
29. Snek anjing. Dibuat daripada hidung babi yang digoreng.
30. Karyon. Asid lemak digunakan sebagai agen pengeras.
31. Kasut. Gam dari tulang babi digunakan untuk meningkatkan kualiti struktur kulit.
32. Brek kereta api. Abu tulang babi digunakan dalam pembuatan brek itu.
33. Ubat gigi. Gliserin daripada lemak tulang babi digunakan untuk menghasilkan tekstur ubat gigi yang halus.
34. Gam kayu. Gam yang kuat yang biasa digunakan di dalam industri berasaskan kayu dihasilkan daripada kolagen.
35. Topeng muka kosmetik. Diambil daripada kolagen babi untuk mengurangkan kedut.
36. Sumber tenaga alternatif. Bahan buangan daripada babi digunakan sebagai bahan bakar untuk menghasilkan tenaga elektrik.
37. Makanan tenaga. Diolah daripada kolagen babi untuk memberikan sumber protein yang murah kepada atlet bina badan.
38. Krim keju. Gelatin digunakan sebagai penstabil makanan.
39. Krim putar. Gelatin digunakan untuk membentuk teksturnya.
40. Pemanis. Prosin gelatin babi digunakan sebagai agen pembalut untuk memastikan ia menghasilkan tekstur yang dikehendaki pada liqourice, arak, gula, dan gula getah.


WELL.,MENCARI YANG HALAL ADALAH FARDU BAGI SETIAP MUSLIM!

p/s: kt kwasan ni byk babi hutan la~

Friday, April 29, 2011

Alahai~ular aneh yang berkaki


Seorang wanita di China telah menemui seekor ular yang aneh. Ular tersebut mempunyai sepasang kaki yang tumbuh di tengah-tengah badanya. Duan Qiongxiu, 66 thn, nama wanita tersebut, menemui ular itu di biliknya. Tetapi kerana terlalu takut, dia memukul kepala ular tersebut sampai mati. Sekarang ular tersebut diteliti oleh para ilmuwan. Kalau ular itu masih hidup, tentu Duan dah jadi kaya. ^^

p/s: kuasa Allah, jadi maka jadilah ia

Alahai~fesyen tudung zaman sekarang

Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :


"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)


Tudung 'Mickey Mouse'

Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.


Tudung Lilit

Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

Tudung 'See Through'

Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

Tudung Jambul

Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta. (Cara Pemakaian Ini Sering Digunakan Di Kalangan Isteri Menteri)

Tudung 'Singlet'

Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.



Tudung Saji

Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.



ingat lah wahai kaum hawa. Sesungguh nya antara golongan yang dijanji kan syurga adalah golongan wanita yang menutup aurat ikhlas kerana Allah. Tak rugi apa-apa pun tutup aurat ni. InsyaAllah, sesiapa yang memelihara agama Allah, Dia akan pelihara kita. amin~

p/s: bukak tudung rambut perang.,perang2~

Alahai~simple math

[670165352l.jpg]
huh? ala,.just joking k.,aku pon tak tau mana punya fahaman nih.,hehe

p/s: perhiasan paling indah kat dunia ni adalah wanita yang solehah. xtringin ke nk jadi?

Alahai~ Baca dan senyum



1)Terberanak dalam lif


Sorang pompuan tu... TERberanak dalam lif. Punyalah dia malu... melalak dan tak mau keluar lif... Datang doktor cuba pujuklah pompuan ni... nak bawa ke hostipal.

"Marilah keluar amoi, saya bawak peligi hostipal". "Tak maulah doktor, saya malu"
Kemudian kata doktor tu... "Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi teruk
punya malu.... TERberanak dalam longkang lagi!!!"

Tetiba, lagi kuat amoi tu lalak.... Doktor tercegang dan tanya kenapa nangis lagi kuat.
Kata amoi tu... "Orang tu sayalah jugak!!!!".....


2) Tektik isteri yg bijak

Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang
berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya
kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang
pun adalah orang yang sediakan.

* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia
duduk rumah kita.
* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong
macam tu saja?

* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas
untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org
lain pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli
sebulan.

* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
* Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi, drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal...

* Isteri: @#$%????!!!!!
* Suami: (Dalam hati)Alamak!!


3) Satu hari di klinik swasta...


Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.

Doktor: Apa hang dah buat dgn belakang hang ni?

Kudut: Saya keje syif malam. Bila saya balik umah saya kat tingkat 3 pagi tadi, saya dengar bunyi bising kat dlm bilik tido saya. Saya saspex ader org dah tido dgn bini saya. Saya tgk pintu balkoni saya terbuka. Saya berlari ke situ, jenguk ke bwh dan nampak sorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai baju dan seluar dia... pas tu saya trus angkat peti ais saya dan campak kat lelaki tu. Tu yg sakit belakang sampai skrg ni, doktor.

Tetiba, Chet meluru masuk ke bilik rawatan. Keadaan Chet nampak serius seolah-olah baru lepas dilanggar kereta,

Doktor: Uih! Pesakit yg saya tgh periksa ni nampak teruk. Tapi hang lagi dasyat aku tgk... apa dah jadi?

Chet: Saya dah lama menganggur. Ari ni ari pertama keje baru saya. Tapi saya lupa set alarm semalam dan pagi ni saya dah terlambat. Tgh saya berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan suar saya, tetiba je ada sebijik peti ais hinggap kat belakang saya, doktor!

Kemudian, Chot masuk ke bilik doktor tadi. Keadaan Chot lagi teruk daripada Chet dan Kudut. Doktor terkezut bewak...

Doktor: Hang pesal lak ni?

Chot: Saya ada kat dlm satu peti ais. Tetiba jer ader org campak peti ais tu ke bwh dari tingkat 3, doktor!!!


4) Hantu punya hal

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun... Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.



p/s: senyum je tau

Thursday, April 28, 2011

Alahai~misteri bahtera nabi Nuh A.S




MISTERI BAHTERA NABI NUH AS


Di sebuah gunung yang sentiasa diselimut
i salji yang terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri 'berharga' yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yang maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. Pihak-pihak CIA telah menggunakan satelite dan pesawat 'Stealth' untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu.

Gambar-gambar itu telah menjadi 'rahsia besar' dan disimpan rapi dengan kawalan yang ketat bersama dengan 'rahsia2' penting yang lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yang bermaksud 'Gunung Kesengsaraan'atau dengan nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa kerat saja yang berjaya. Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.


"Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang 'mahaberharga' itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar."


Apa yang masih menjadi tanda tanya, kesemua orang-orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa pelbagai bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri. Hanya semata-mata kerana gambar tersebut. Memang ramai orang yangtelah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu telah mati misteri.

Soalnya sekarang, mengapakah 'kuasa-kuasa besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat-tempat rahsia tentera?. Mengapa mereka tidak mahu mengesahkan bahawa peninggalan 'Noah' benar-benar berada di puncak Mt .Ararat itu? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai, kerana selama itu orang menafikannya.

Samalah The Great Noah Ark itu pun. Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar.

Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman mereka sudah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka sudah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan utk menyadurkan logam.


Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer, Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C

Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada di dunia sekarang. Mengikut para pendaki yang pernah melihat "Noah Ark" di puncak Mt.Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat. "Noah Ark" itu diperbuat daripada spesis kayu purba yang memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk 'kotak kasut', tidak cantik, tapi sangat berfungsi.

Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang "Noah Ark" ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi.

Ada juga Para Pengkaji berpendapat, "Noah Ark" berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.

Hari ini terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini. Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yang menaiki The Great Noah Ark itu. Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.

Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat: Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu'jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)

Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.

Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yang mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yang tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncak dipanggil Ararat Besar dengan ketinggian 16,984 kaki. Bersententangan dengan sebuah lagi kemuncak gunung yang dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang orang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu "Russia, Iran dan Turkey".


Kedudukan Mt.Ararat yang sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau dilihat CNN hari ini pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak-puak Guerilla Qurdish yang mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turkey.

Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat. Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan-ketulan air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jauh ke dalam jurang Ahora.

Sebuah 'anchor' purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yang digunakan oleh 'Noah Ark' semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat. Sebuah 'batu nisan' yg didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang.

Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke puncak Mt.Ararat itu. Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' tersebut. Dalam keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur saiz 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji]

Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan.

sejauh mana kesahihan artikel ini? aku pon x dapat nk pasti kan, Tp kita sebagai umat islam yg wajib beriman kepada Allah dan kita mesti yakin dgn kuasaNya. KUN FAYA KUN~


p/s: islam xpenah menipu, cuma segelintir umat islam yg suka menipu org lain


Monday, April 25, 2011

Alahai~saje2 post ni



benda ni dh lama dh.,tp saje aku post kn blik kt sini.,harap dpt mmbuatkn korang tersenyum~



sila sambung mna yg brkenaan... X)



i) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar



ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan



iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat



KONGSI JAWAPAN ANDA~



p/s: awak dh kawin ke?

Sunday, April 24, 2011

Alahai~moto dari lighter

















*sumber: boom321

p/s: bilik aku byk lighter, lepas ni boleh la try~






Alahai~permulaan bagaimana berlakunya perzinaan



1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau,,jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk,,tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot,,wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,,selain family,,Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm member2 sy. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau,,mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau,,sayanglah segalanya utk bi,,syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg,,leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg,,watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh,,trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td,,syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh,,td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji,,abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..? SELEPAS ITU

BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung,,check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg,,utk kebaikan kita berdua,,lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masih xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg,,abg xbleh temankan syg ke klinik tu,,abg malu klu terserempak dgn family or member,,malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan) *wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran.. *si lelaki mencari mangsa baru.. *dan kejadian terus berulang..
  • sumber: facebook~

berhati-hati lah wahai kaum hawa semua.,jgn terlalu percaya kepada kaum lelaki.,

firman Allah dlm surah Al Israa' ayat 32.,
"Dan jgn lah kamu mndekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu prbuatan yg keji dan suatu jln yg jelek".

dan igt lah, ALLAH dh sediakn jodoh yg terbaik utk kita.
insyaAllah~


p/s: tajuk khutbah jumaat aritu pon pasal zina jgk^^


Alahai~Benda yg menyebabkan aku benci fesbuk kekadang



benda ni sgt memenuhkah aku punya notification.,
aku pon xtau bnda apa ni.,yg lebih memelikkan, walaupon kita x klik application or invitation tu, tp nama kita turut tersenarai sbgai peng"sent" invitation kpd rakan2.,mybe virus baru fesbuk kan.,sbb sbelum ni ada gak bnda2 yg seumpama dgn invitation or application yg annoying cmni., harap2 pihak admin fesbuk dpt la meng overcome problem ni cepat2.,sbb aku malas gak la nk delete benda2 ni.,serabut notification n apa2 lagi lah bnda2 dlm fesbuk ni.,

p/s: sori fattah.,teriklan kn fesbuk hang~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...