Monday, December 26, 2011

Alahai~Teguran Nabi(SAW)





Assalamualaikum ;)

Based on title shown above, (--') aku nak share dengan korang pasal input yang aku dapat semalam. Memandangkan aku br je tenguk Program Lau Kaana Bainana(If the beloved [SAW] were among us) kat TV Al Hijrah semalam, aku rasa benda ni sesuai tuk di kongsi dengan korang. This week this program membawakan tajuk cara Rasulullah SAW menegur pemuda bermasalah. Kalau nak tahu and ingin tambah ilmu, tengoklah. Huhu. Selamat menonton. Tak lama pon, just take 6 minutes duration. And kalau yang buffering lama uh, minta maap awal2 yep? Kehkeh. Layan~

Tuesday, December 20, 2011

Alahai~ Bosan? Jom chat ngan CleverBot

Okeh kali ini, aku nak tunjuk kat korang satu website pintar yang dihasilkan oleh Rollo Carpenter iaitu Cleverbot. Actually aku pon baru je tahu pasal website nih. Laman web ni menyediakan satu program kecerdasan buatan yang dihasilkan supaya ia dapat berinteraksi dengan manusia secara direct.

Monday, December 19, 2011

Alahai~ Langgar pintu


Kelakar kot.,mamat ni jalan tak tengok depan.,hasih~


p/s: cover-cover...

Alahai~ Penunggu blok yang Awesome.

Korang pernah tengok cerita "penunggu istana" tak?
kalau korang pernah tengok cerita tu, mesti korang akan lebih tergelak lebam bila tengok video nih~

penunggu istana ni secara jujur aku komen, sangat suck cerita dia. Aku tengok kat laptop ni pon dah maki-maki ngan member-member aku, inikan sapa-sapa yang tengok kat wayang. Pergh...bakar panggung bai...

Alahai~ Panglima nak ludah muka mahasiswa?(in 2 version)


Ni kes politik kat negara kita la ni. Haha!
aku tak ambil tahu sangat apa kes ni, tapi video kat bawah ni memang menarik. 

Alahai~ Kenapa semut berhenti seketika ketika berjmpa rakannya?


Pernah tak korang perasan yang semut akan berhenti kalau jumpa member-member dia. Aku pernah jugak tengok peristiwa ni(time kecik-kecik dulu). Dan semut-semut tu buat camtu semua ada sebabnya. And for me, its trully Awesome. Subhanallah.

Alahai~ Cat vs Treadnail


Cat-24 and Treadnail-0
credit- lalala

Alahai~ Anjing yang boleh buat kerja-kerja amah




credit- lalalala

Alahai~ Mayat baca surah yassin

Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi..

Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia ..So, luangkan masa tak sampai seminit untuk baca artikel ni. Untuk renungan bersama....

Alahai~ Wanita paling kecik di dunia

1st of all. Saje je aku taruk gambar maddi jane kat atas ni. Sebabnya bila sebut kecil je aku mesti bayangkan beliau yang sedang mendendangkan lagu 'price tag'(satu-satunya lagu maddi jane nyanyi yang aku dengar).

Orait, back to the info yang aku nak story. Wanita paling kecil di dunia ni ada di INDIA.
Si Kecil Iyoti Amge yang dah pon genap 18 tahun sudah berjaya memenuhi impian besarnya menjadi wanita terkecil di dunia. Yes, impian minah ni memang pelik but we have to respect others ambition. 

Tuesday, November 29, 2011

Alahai~ 6 keanehan yang terdapat pada hari ini.

Rasulullah SAW telah bersabda :

Ada 6 perkara yang aneh dalam 6 keadaan :
mari kita tengok apakah perkara-perkara tersebut~

Alahai~ Mayat mati hidup kembali. Siap jalan sendiri tu.

Ini kisah benar yang diceritakan sendiri oleh seorang ustaz berdasarkan pengalaman yang dia lalui masa mula-mula kena posting kat SABAH sebagai seorang guru dulu. 

Alahai~ Jin dalam internet?

Pengerusi Persatuan Kebajikan Perubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Kelantan, Zaki berkata, di zaman alam siber ini, jin boleh jugak merapati manusia melalui internet atau gelombang termasuk laman sosial ‘facebook’, tweeter, facenook mahupon facetoface(yang ini aku menambah).

back to my point, menurut pakcik Zaki, sebelum ni dia pernah merawat satu kes orang terkena sihir yang meracau-racau secara tiba-tiba ketika berada di hadapan komputer semasa melayari internet. Pelik bukan?

Alahai~ Perkara yang Rasulullah takuti yang akan berlaku di akhir zaman


1- Pemerintah yang terdiri daripada pemuda-pemuda.

2- Ramainya polis.

3- Banyaknya rasuah dalam hukum.

4- Putus hubungan keluarga.

5- Meremehkan amanah perjanjian.

6- Pemuda-pemuda yang menjadikan Al-Quran sebagai seruling nyanyian, ditempatkan di muka majlis bukan kerana lebih pandai akan kefahaman agamanya tetapi hanya supaya melagukan Al-Quran.

sumber- Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 824.


Saturday, November 26, 2011

Alahai~ doa awal tahun dan doa akhir tahun



doa akhir tahun
baca lepas asar, sebelum maghrib
Doa Akhir Tahun
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'ala sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma maa 'amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani 'anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta 'alayya ba'da qudratika 'alaa uquubati wa da'autani ilattaubati minhu ba'da jur'ati alaa ma'siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa 'amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa'adtani 'alaihits-tsawaaba fas'alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha' rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihii wa sahbihii wa sallam
Ertinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.


dan ni pulak doa awal tahun,
baca time maghrib, lepas solat maghrib la selalunya.,ok
Doa Awal Tahun

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa 'alaa fadhlikal-'azhimi wujuudikal-mu'awwali, wa haadza 'aamun jadidun qad aqbala ilaina nas'alukal 'ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa'ihi wa junuudihi wal'auna 'alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu'i wal-isytighaala bimaa yuqarribuni
ilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu 'alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam
Ertinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.

p/s: lambat post sebab bejalan2 area mlaka tadi.,

Monday, October 31, 2011

Sunday, October 30, 2011

Alahai~ Budak Berumur Setahun

Alahai~ Si Gemuk Vs Si belon

Alahai~ Pergaduhan Yang Sangat Epic

Alahai~ TokyoDrift Dalam Rumah




Alahai~ Siapa Dukung Siapa?




Alahai~ iklan jangan merokok yang menakutkan perokok

Banyak iklan yang kerajaan keluarkan bagi memastikan jumlah perokok kat negara ni berkurangan, sampaikan kat kotak rokok pon berprintkan gambar-gambar yang ngeri-ngeri dengan harapan, para perokok akan takot...but, rasenya semua tu failed kot...
kalau kat negara kita buat iklan camni mybe ramai perokok akan gerun. huh~

Saturday, October 29, 2011

Alahai~ Ini jadi kalau main gitar dengan 4 tangan


kalau sapa-sapa yang ada extra tangan macam penjahat dalam citer spiderman tu, boleh la main gitar camni. Gempak!

p/s: bleh la main gitar v steve vai

Wednesday, October 26, 2011

Alahai~ heart2heart-facebook official (ala ala kpop)


Sunday, October 23, 2011

Alahai~ Fight scene paling gempak aku penah tengok


Korang minat cerita-cerita lawan? kungfu? muai thai? or silambam?
---bunyi cengkerik sahaja---

Dalam banyak-banyak filem lawan-lawan yang aku tengok, filem ni paling gempak. Serius!
check this out bebeh~

Alahai~ Langkah mudah untuk wanita kurangkan berat badan

kepada anda-anda yang teringin or berniat untuk kurangkan berat badan terutamanya geng-geng perempuan, boleh lah cuba senaman yang camni. Pasti memberi semangat dan menyuntik adrenalin anda. hoho!

tengok video kat bawah ni~

Alahai~ Ini berlaku kalau korang beli aiskrim di Turkey


Ni antara skill penjual aiskrim kat turkey. Kesian mamat sepet ni aku tengok. Dah macam kene buli plak. Pape pon, mamat buat aiskrim ni memang tricky habis..
Layan~

Saturday, October 22, 2011

Alahai~ Buat camni kalau korang benci sekolah korang

Budak kecik ni nama becky, dia benci skolah dia..sebab cikgu dia selalu bagi keje rumah. So, dia pon call syarikat robohkan bangunan, then dia suruh syarikat tu robohkan skolah dia. Kalau boleh biar cikgu dia tu ada kat dalam time robohkan tu.,haha! 

so, watch this video~

Friday, October 14, 2011

Alahai~ Isteriku


"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Tuesday, October 11, 2011

Alahai~ Wordless wednesday 7


Alahai~ Korang berani masuk?


p/s: jangan menilai sesuatu dari luaran


Alahai~ Kau boleh buat?





Alahai~ Nasi berlauk kondom



Dengar tajuk cam best je kan. 
Mesti ko tertarik untuk baca post ni sebab baca tajuk dia kan? kan kan kan?
~~Bunyik cengkerik~~

Okeh, back to my point.. kejadian ni berlaku kat china. As usual la kan, china ni byk benda pelik-pelik yang rare-rare belaka antaranya Berkungfu masa main futsal, restoran penis binatang, pasar borong kucing dan macam-macam lagi. Ini pulak pasal kes terjumpa kondom dalam makanan. Tapi tak tau la betol ke tidak kan sebab ada kemungkinan jugak orang yang tangkap gambar ni just nak sabotaj kedai makan tu kan. Entah la. 
Pape pon, tengok gambar kat bawah ni~

Alahai~ Kucing terkejut





Monday, October 10, 2011

Alahai~ Patuhi had laju




Sunday, October 9, 2011

Alahai~ Jantina perempuan tiba-tiba bertukar jadi jantina lelaki


Seorang bapa terpaksa men'transfer'kan anaknya kesekolah kanak-kanak lelaki setelah mendapati anak yang lahir sebagai perempuan yang dikenali sebagai Uhud tetiba bertukor jantina kepada lelaki. Di negara telok ni, sekolah diorang berasingan mengikut jantina. Berita ini diketahui oleh bapanya yang terkezut menyaksikan sendiri perubahan organ anak dia yang pada awalnya mengadu sakit dibahagian perut dan merasa kejang dan dalam masa seminggu telah bertukar menjadi organ lelaki.

Monday, September 19, 2011

Alahai~ Video bagaimana melahirkan Anak (kalau geli jangan tengok)

Korang pernah tengok orang melahirkan anak
kat bawah ni aku jumpa satu video cara bagaimana orang melahirkan anak. Tapi kalau korang jenis takut darah, geli or hati lembut, aku nasihat kan korang jangan la gatal-gatal nak tengok ok,.

Lets look and learn bebeh~

Sunday, September 18, 2011

Alahai~ Kungfu+Futsal= ?


Kungfu ni merupakan seni pertahan kan diri yang agak stylo sebabnya, stephen chow boleh buat cerita apa-apa pon yang dapat dikaitkan dengan kongfu. Masak pon pakai kongfu, bercinta pakai kongfu, berjudi pakai kongfu, malah main bola pon bleh pakai kongfu.

Korang tau tak apa yang jadi bila kongfu digabungkan dengan Futsal??
---bunyik cengkerik---

Ok3,.Tengok video kat bawah nih~

Alahai~ Pasar borong kucing di china

Well, china....sangat femes dengan perangai diorang yang makan benda-benda pelik. Boleh rujuk post yang sebelum ni. ( restoran penis binatang dan sup janin). 

Okeh, kat china ni selalunya diorang akan tangkap kucing-kucing yang terbiar or kucing jalanan, then diorang bunuh utk jadikan makanan exotik. Selain tu diorang jugak pasarkan kucing-kucing ni semua kat pasar macam jual ayam je. Rilek dan tenang. So lebih dari 10 000 ekor kucing akan dijual dan dibunuh utk dijadikan makanan setiap hari di china. Lebih sedih lagi, kucing-kucing ni jugak dikurung dalam sangkar yang kecik dan padat sebelum dibunuh.

Bawah ni ada gambar-gambar dia.

Alahai~ Perodua kancil tenggelam di dalam air di atas darat?


huh? betol ke ayat aku kat atas tu. Lain macam je bunyik. Tapi takpe la. As long as korang sampai ke post ni maknanya ok la tu. Tajuk tu berjaya tarik korang ke lembah ini. Hahahaha!

Okeh, back to point. Video kat bawah ni menunjuk kan sebuah keta kancil yang terjatuh ke dalam sebuah lobang yang dipenuhi air di tepi jalan. Paham? Camni... lubang tu terhasil dari sebuah lori yang muatan nya gedabak bapak punya berat, telah melanggar pecah sebuah paip berhampiran jalan tu.(macam reporter)

Saturday, September 17, 2011

Alahai~ Penyamaran yang sangat hebat(video)


Kawan-kawan pandai menyamar tak?(ayat cam buletin adik di 9)
-bunyik cengkerik-

Selalunya askar memang kene mahir teknik-teknik penyamaran ni supaya susah utk di trace oleh geng musuh. 


Selain tu, binatang pon not bad la bab-bab penyamaran ni dan aku rasa manusia ni belajar teknik penyamaran melalui binatang. kot.
ok la. try tengok video sotong menyamar kat bawah ni. cool yaw~

Friday, September 16, 2011

Alahai~ Robot pengesan penipu mengkantoikan satu family

Ini kisah mengenai satu family yang menipu dan ditipu..best 
jom baca~

Alahai~ Myvi SE extreme baru.

Myvi....antara model keluaran Perodua yang sangat-sangat mendapat sambutan kat malaysia nih. Sapa-sapa yang penah perasan pasal keta ni yang dipakai oleh tak kira bangsa apa sekalipon kat malaysia nih??
~~bunyik cengkerik~~

Kalau kat jalan tu, nak kira jumlah kereta myvi sepanjang 1km pon dh dikira susah. 
Jom usha-usha spec keta nih.

Alahai~ Lelaki stylo idaman para wanita.



Kisah ni aku cilok dari internet je. Menarik dan teruja(tiba-tiba)...
tapi gambar mamat2 mata sepet kat atas ni aku pon tak tau sebab aku aku taruk kat sini.
okeh, Jom kenali ciri-ciri lelaki stylo yang menjadi idaman para gadis masa kini, kalau-kalau korang tersenarai kan.,hohohoho~

Wednesday, September 14, 2011

Alahai~ Wordless wednesday 6

-rileks abah kau!-







Alahai~ Corak babi dan salib pada sejadah?


Zaman sekarang ni kita kena berhati-hati dengan agenda musuh-musuh Islam. Macam-macam yang perkara serta perlakuan yang diorang cuba suntik masuk dalam aktiviti harian kita. Benda-benda camni tak bleh dipandang remeh sbb ia boleh mengeffect kan dengan  amalan dalam rutin harian kita dimana,  secara tak sengaja kita akan melakukan sesuatu yang tak di ajar dalam Islam malah yang lebih menyedihkan, benda yang dilarang dalam Islam. 

contoh...isu SEJADAH~

Dulu kecoh jugak pasal isu sejadah ada lambang salib. Then sejadah ada corak ala-ala babi. Kat bawah ni aku tempelkan(istilah apa pon aku tak tau, bunyi cam sedap, aku taruk je la) gambar dia,.

Tuesday, September 13, 2011

Alahai~ maksud-maksud disebalik bunyi Hon


1st time aku online pakai broadband. hehehehe

Finally, aku dah pon ada broadband. Router moderm aku aku tab member aku punya je. Sim plak aku tab adik aku punya. Bajet beb!

Okeh, bukan tu yang aku nak sampai kan kat sini. Sebenarnya aku nak bgtau yang lepas ni aku akan update blog ni macam dulu-dulu(kali ni betol-betol). Maksudnya setiap hari la. So, kepada yang termasuk blog ni, ter tekan or segala ter ter lagi, kerap2 kan lah 'ter' korang ke blog nih.

Orait....jom layan citer yang aku copy paste je ni~

Friday, September 2, 2011

Alahai~ temuramah Rooney dan messi dalam bahasa melayu


Assalamualaikum, huh,. sebulan aku tinggalkan blog ni. Biarkan dia berabuk a.k.a berhabuk dalam bahasa baku. Aku bizi sket semenjak dua menjak nih. Tapi takpe. Bulan ni aku start balik la isi-isi apa yang patut dalam ni k. Thanks kepada yang still meninjau2 kat sini  waktu aku tak mengupdate langsung. 

okeh, kita bukak isu bulan ni dengan video gelak2 dulu....kat bawah ni ada dua video temuramah rooney dan messi. Diorang ni baru blaja bahasa melayu, itu yang cakap benda pelik2 je.hehe

Sunday, July 31, 2011

Alahai~ Bungkus nasi lemak pakai Al-Qur'an



Al-Qur'an adalah mukjizat yang diturunkan Allah kepada manusia melalui baginda Rasulullah yang sungguh luar biasa, tak dapat dicopy dan dipalsukan, dan diturunkan as a prove atas kebenaran kenabian seseorang. Pendek kata, Al-Qur'an ni merupakan bukti yang paling kukuh dan kuat atas kebenaran  Muhammad saw sebagai nabi Allah. Untuk seluruh umat Islam di dunia ni, Al-Qur'an diturunkan sebagai mukjizat abadi hingga akhir masa, kandungannya merupakan bukti atas kebenarannya ISLAM.

Apa pulak perasaan korang kalau tahu yang kepingan Al-Qur'an dijadikan kertas untuk bungkus makanan?

Yes, tengok gambar kat bawah ni~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...