Friday, May 27, 2011

Alahai~ Jom karaoke lagu kpop(malay translation)


Huhuhuhuh~ ni berita baik kepada peminat kpop terutamanya kepada peminat 2PM. Sebab video kat bawah ni telah diubah versinya supaya peminat-peminat melayu boleh nyanyi lagu nih. Ha.,apa tunggu lagi.,sila kan~

Thursday, May 26, 2011

Alahai~ dah macam market potong manusia aku tengok

Sebuah syarikat di Rusia dipertanggungjawabkan untuk mengambil dan menjual ginjal buah pinggang,kornea mata dan mana-mana bahagian tubuh manusia.(macam market daging da)

Alahai~ Uji tahap keseriusan, kemacolan dan keayuan anda


Akibat kebosanan yang teramat sangat, aku telah berjalan-jalan di YouTube dan ni lah video yang membuatkan bosan aku berkurang. YEAH!!!!

korang yang minat nak tengok, ce tengok video ni tanpa senyum or ketawa sikit pon, senang cakap korang tengok dengan serius dan muka ketat la. Kalau berjaya bermakna korang adalah seorang lelaki yang tampan dan macho. Kalau 'korang' tu pompuan, korang adalah perempuan yang ayu dan 'wanita melayu terakhir'


haa, apa tunggu lagi, try la rebut gelaran dan tahap kehenseman masing-masing. Kot la kalau-kalau tersenarai dalam lelaki macho dan perempuan ayu kan. 

Aku memang out dah~

Wednesday, May 25, 2011

Alahai~ Operasi mandikan bayi yang menarik^^


Hoooo, arini betul-betul keja aku update blog base on share dari facebook  Alahai~ je.
Okeh, video kali ni di share oleh Shakir Wahid , tentang satu family yang busy memandikan bayi-bayi. Ni berlaku kat negara INDIA. Ce tengok, smart jugak la. Mandikan bayi macam basuh kain je. Sempoi gila kot., Hahahaha~!

Tengok video ni......

Alahai~ Video "win" dan "fail" terbaik untuk bulan april dan may 2011


Video ni dikongsi oleh Fakhri melalui Facebook Alahai~ lagi.
Kebetulan aku pon memang tengah takde benda nak cerita hari ni, so aku post kan je la video diorang ni ke sini. 
but this video is best bro..,best bro~
Enjoy~ 

Alahai~ Terpanah kepala member?


Video ni aku dapat dari Syakir Wahid, dikongsi melalui facebook Alahai~. So aku just kongsi ngan korang semua je. Aku rase ni FAKE je. Just untuk persembahan diorang dalam 'Talent show' tu. Tak tau la macam mana diorang buat, tapi memang gempak la sebab nampak macam REAL.,(jangan-jangan memang real pon)

So ape lagi. Layan~.......

Tuesday, May 24, 2011

Alahai~ Peragut meragut dalam masa 1 saat.(video)


Tadi aku berjalan-jalan di ruangan youtube, usha-usha lagu Ahmad jais, tiba-tiba aku jumpa video ni. Pergh.,gempak... Camni rupanya cara diorang curi barang dalam kereta. Kejap je, kat traffic light plak tu. Pergh~ Dasyat...

Tengok video ni. Perhatikan di saat ke 8~

Alahai~ Kepada yang bosan, tengok yang ni.

Bosan ke? yela tu.,kalau tak buat apa ko klik sini kan. hehe
ok2, takpe, kalau bosan try la tengok video-video nih. Klakar habis. Kalau dah tengok pon takpe, tengok sekali lagi, sebab aku dah tengok banyak-banyak kali pon still terhibur jgk.
SELAMAT MENONTON DAN MENGHILANGKAN BOSAN ANDA!!!

Alahai~ Sikap sambil lewa terutama dalam bab agama.



Kadang-kadang kebanyakan orang kita ni bersikap sambil lewa dan tak ikhlas. Ye, contohnya, buat keja "asal siap sudah", tapi kualiti dan hasil kerja hampeh. Tapi kalau bab makan, bab hiburan, bab tengok AF, tak pulak sambil lewa. Tahu serius, tahu ikhlas. Haha! pelik-pelik~

Lebih parah lagi ada segelintir kita yang bersikap lewa dalam beribadat sampai benda-benda yang salah disisi agama pon boleh redah je.

Korang cuba la perhatikan gambar-gambar kat bawah ni:

Alahai~ Agama ISLAM dan RASULULLAH dicaci.(orang islam patut ambil tahu)


Tadi sorang member aku ada share satu link website kat aku. Dia suruh aku tengok dan baca website tu. 
Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara nama websitenya. OK, then 1st entry yg aku baca kat website tu sudah cukup untuk membuat darah aku menyirap, mendidih serta membuak-buak. Ikutkan hati aku memang aku nak je tombok muka pengarang web tu sampai mati, or hempuk kepala dia dengan lycoming t53(berat kot). Biar padan dengan muka dia.

Sebenarnya, website tu direka or dikarang khas untuk menghina agama ISLAM dan menghina RASULULLAH SAW. Itu yang menyebabkan perasaan marah, geram bercampur sedih apabila aku tengok gambar-gambar yang di edit oleh pengarang tu. Korang cuba tengok ni:

Monday, May 23, 2011

Alahai~ Penyokong bola sepak lelaki pakai coli?


haha! Ni fanatik habis ni. Sebenarnya aku pon tak tau ape tujuan dia pakai camtu. Dan macam biasa lah. No komen.hehehehe~

Apa-apa pon, semangat penyokong pasukan ni memang patut dipuji jugak la. Korang cuba tengok. Penuh kot stadium side diorang. Kalau time game Malaysia lawan team international lain(game away), penyokong kita ramai macam ni kan best. Mesti makin semangat player-player kebangsaan.

Just tengok n layan~

Alahai~ Pembaca berita terkentut

Kerjaya sebagai seorang pembaca berita bukanlah satu kerjaya yang mudah dan senang. Ianya memerlukan kemahiran bertutur dan penglihatan yang tajam untuk membaca sesebuah manuskrip tu dengan teliti bagi memastikan tatabahasa, ejaan dan tanda bacaan dibaca dengan betul. Selain itu, pemilihan penggunaan kata yang sesuai juga adalah salah satu kemahiran yang perlu ada bagi seorang pembaca berita. Pendek kata, seseorang pembaca berita tu mesti skillful la dalam bidang cakap bercakap ni.

Namun, ada lagi satu kemahiran yang perlu ada jika korang ingin bergelar sebagai pembaca berita iaitu menahan kentut..

Yes, menahan kentut. Mengapa?? see this video^^

Alahai~ Peralatan doktor gigi zaman dulu


Aku sejak kecik lagi memang tak suka jumpa doktor gigi ni. Bukan apa, bila time nak jumpa doktor ni je mesti ada satu perasaan lain macam yang akan melanda aku, membuatkan aku tak tenteram especially time pemeriksaan gigi kat sekolah dulu(kalau korang sekolah kat Malaysia mcm aku mesti korang tahu pasal ni). Pergh, perasaan masa tu, Tuhan je yang tahu. Ye la, aku ni kalangan gigi yang failed time kecik-kecik dulu. Belobang sana, belobang sini. Nak buat trick tak nak datang sekolah memang takde harapan la sebab mak aku agak garang masa aku kecik-kecik dulu. Kiranya aku memang  pemegang 'Anugerah kerajinan kedatangan penuh' yang sgt unggul dan konsisten la. Agak susah la aku nak lepas kalau time pemeriksaan gigi tu, mesti kena tampal jugak. haish~

Okeh, post kali ni just nak tunjuk peralatan-peralatan yang digunakan oleh doktor gigi pada zaman dulu-dulu. Layan~

Sunday, May 22, 2011

Alahai~ basikal sperma


Pergh.,basikal berbentuk sperma ni ada di Denmark. Bentuk dia yang sangat kretif ni menyebab kan dia berbeza sikit la dari basikal-basikal yang lain. Sebenarnya basikal ni digunakan bagi tujuan penghantaran sample-sample sperma ke BANK SPERMA di Denmark. 

Mengapa basikal ni sangat istimewa dan digunakan untuk tujuan penghantaran?
Okeh~!, sebenarnya basikal ni dilengkapi dengan sistem cooling seakan peti ais yang mampu membendung sel-sel sperma yang dihantarnya dari rosak ketika sepanjang perjalanan. Preety cool huh?

korang tengok la gambar basikal ni~


Alahai~ coke+mentos=explosive?


Siang tadi aku agak busy bersama family aku, so tak sempat nak update.
Tadi, sorang kawan aku ada share ngan aku video ni. Macam biasa. Menarik~!

video ni pasal ujikaji mat saleh tentang Mentos yang dimasukkan ke dalam coke dan menghasilkan reaksi yang best.,hehe~

so, kepada yang tak tau or tak penah tengok. Silakan~

Saturday, May 21, 2011

Alahai~ Obama nyanyi lagu best~

Hari ni memang entry aku semua pasal video je. Almaklum la, aku baru balik rumah, so internet rumah aku mengizinkan diri aku untuk usha2 youtube(not other tube ok!) kan. Kalau kat u aku loading sket la. WiFi je kot. Pakai main CS tu boleh la. Haha!

okeh, Video ni di share oleh sorang member aku tadi, dia cakap sempoi. Dan selepas aku tengok, YES, ia memang sempoi. Macam biasa lah, kepada yang dah tengok, takpe, korang boleh proceed ke entry-entry lain. Sapa yang tak tengok lagi. Dipersilakan~

ENJOY BEBEH!!~

Alahai~ lukisan rajah kapal Titanic

Aku copy ni dari KOSMO! hari ni. Menarik. Walaupun sekeping gambar, harganya pergh!~


LONDON - Satu gambar rajah kapal Titanic yang digunakan dalam siasatan mengenai punca ia karam pada 1912 mungkin dilelong dengan harga £150,000 (RM451,500) dalam satu lelongan pada 28 Mei depan di Devizes, Wiltshire, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Alahai~ Ni bukan pasal kpop lagi. Tapi lagi cool!!



Hehe.,tajuk saje je nak best. Mesti ramai yang dah tau pasal video bad intruder. Dimana sebuah lagu yang diedit dari berita. Yup, sangat cool. Diorang edit pakai Auto-tune(aku xtau pon benda apa nih). Asalnya negro ni bagi komen tentang perasaan marah dia pada wartawan berhubung dgn kes pecah rumah yang berlaku ke atas keuarga dia. Then, akibat dari komen dia yang sgt cool dan ala-ala lirik, sekumpulan geng2 edit Video Auto-tune song telah mengedit video tu menjadi sebuah lagu dan femes terus mamat negro tu. Walhal asal nya pendandan rambut je, skang dia jadi femes. ^^

Sebenarnya ni video lama, tapi aku baru je ingat pasal video ni. Sgt cool so kalau sapa yang tak tengok lagi tu agak rugi la. So, kepada yang belum tau, silakan~

ENJOY~

Alahai~ Nasib menyebelahi mereka(must watch^^)


Huh, letih naik bas balik kampung semalam. Dan takde yang lebih selesa melainkan dapat jumpa family sendiri. Ok, stret to the point lah. Aku ada video yang nk dikongsikan dengan korang semua. Video yang menunjuk kan LUCK yang melampau-lampau. Hehe^^

Mungkin ada yang dah tengok video ni, tp bagi yg belum pernah tengok. Silakan. Enjoy^^

lihat Video di bawah~

Friday, May 20, 2011

Alahai~ Malam yang paling mustajab untuk berdoa

short update only^^


Sabda Rasulullah SAW : 5 malam tidak akan ditolak Doa,



  1. Malam pertama daripada bulan Rejab.
  2. Malam Nisfu Sa’ban.
  3. Malam Jumaat.
  4. Malam Hari Raya Aidul Fitri.
  5. Malam Hari Raya Aidul Adha.

p/s: Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang^^

Alahai~ Lagi kpop wannabe from malaysia.

Another kpop wannabe from malaysia. Diorang namakan grup diorang bigbom~ Tapi ni budak-budak lagi, aku rase budak skolah lagi ni. Berdasarkan pada gaya la kan. Apa-apa pon aku no komen la kan. Korang saksikan lah karya-karya mereka^^

Ni lah antara video-video diorang~

Alahai~ Kami Anti MALAYSIA!.. Kami Anti INDONESIA!...why??

Hmmm., ini realiti. Bukan aku yang anti MALAYSIA, or anti INDONESIA cuma just nak bebel sikit. Kenapa wujudnya page-page macam ni kat facebook? Sebenarnya aku tak nak salah kan sesiapa dalam hal ni sebab kedua-dua pihak ada kesalahan masing-masing, yang mengutuk dan yang dikutuk. Ok, macam ni. Sejak akhir-akhir ni memang kita tau hubungan rakyat MALAYSIA dan INDONESIA agak tegang la kan. Walaupon tak semua macam tu tapi kiranya ada la kan yg saling benci-membenci satu sama lain.

korang tengok je la kat bawah ni. Cakap banyak-banyak memang tak guna~


Alahai~ Inikah Perbezaan Lelaki dan Perempuan?


Video ni dah ramai yang share kat  Facebook, menarik. Saje je aku post kan lagi kat BLOG ni. So, bagi yg belum pernah tengok. ENJOY. Just joking~ =)

lihat video di bawah^^

Thursday, May 19, 2011

Alahai~ teka teki sempoi.


Teka teki kelakar. Aku ambik dari page ONLY IN MALAYSIA on facebook^^

1)Apakah persamaan antara gajah dan tiang elektrik?

2)Barang apa yang lebih berguna apabila pecah?

3)Kalau seseorang itu kemalangan jatuh ke dalam gaung, apa yang masih hidup?

4)Mempunyai 8 kaki dan boleh terbang?

5)Buah apa yang tidak mempunyai otak?

6)Ada 7 ekor burung, 3 ekor ditembak, berapa yang dapat lari?

7)Bagaimanakah cara untuk melipat gandakan wang dengan cepat?

8)Dia berdiri, tetapi dia kata dia sedang duduk. Siapakah dia?

9)Kuda apa, kita tak nampak dia, tetapi dia nampak kita.

10)Kalau semua orang jadi monyet, monyet jadi apa?

JAWAPAN KAT BAWAH~

Alahai~ Nur Kasih The movie. Apa komen aku?

Huh, aku baru je balik dari tengok cerita ni tadi kat Alamanda putrajaya bersama dgn 3org lagi kawan aku,ween, atiq dan saisai.

Sebenarnya, aku sangat excited untuk tengok cerita ni. Sebab aku sangat-sangat meminati siri cerita ni dulu. Aku dan sorang kawan aku, Saisai memang peminat tegar la kiranya but 2orang lagi member aku, atiq dengan ween just follow kitorang sebab aku dan saisai yakin kan diorang yang cerita ni memang best~


Alahai~ Entry ke-100 Aku

Huh,. sedar tak sedar entry aku dah sampai 100, Walaupon aku buat blog ni dah lama tapi aku start aktif dlm ber'post-post' entry dalam awal tahun ni la. OK, aku sebenarnya nak mengucap kan jutaan terima kasih kepada yg view blog aku selama ni, dan of cos la, kepada yang follow blog aku. 

Dalam pahit manis aku lalui sebagai seorang blogger(ceywah) selama beberapa bulan ni, aku jumpa ramai kawan yg sudi membantu, men 'support' dan mengkomen entry-entry aku, antaranya RED(for your support and suggestion), JoeBeruang(sebab ko sempoi,haha!), Al-azrul(for the group), Ainu(sebab banyak share link post dr blog ni), Syue(banyak komen kt blog aku^^) dan kawan-kawan yang lain. 

dan..........aku jugak nak ucapkan



Alahai~ Jerit nama Allah sebelum ajal


KISAH yang sangat menarik minat aku hari ini.
Kisah ni aku copy dari Kosmo hari ni, kepada yang masih belum sempat baca surat khabar hari ni, sila lah baca berita tentang ini.

Wednesday, May 18, 2011

Alahai~ Perempuan dibenarkan Melancap di Pejabat

-gambar ni sekadar hiasan-

Aku pon tak tau apa nak jadi ngan dunia sekarang. Benda-benda macam ni pon boleh diluluskan oleh undang-undang di negara diorang. Yup, mungkin sebab diorang bukan beragama ISLAM, tp kalau difikir-fikir kan balik, mana letaknya maruah sebagai seorang wanita or sebagai manusia. Dah macam binatang dah. Undang-undang pelik-pelik~

Alahai~ Bila Osama bertemu Obama


Hmm.,kalau lah semua ni adalah realiti, pastinya peperangan tak berlaku kat bumi afghanistan kan. Tapi masalah nya semua ni memang tak kan berlaku or semua ni sudah pon dirancang. Entah lah, hanya Tuhan yang maha mengetahui. Apa-apa pon, kita doakan kesejahteraan kepada saudara-saudara kita yang berada di bumi Afgan, semoga Allah melindungi mereka dan mengurniakan keamanan kembali kepada tanah tumpah mereka.

Lihat lah gambar di bawah~


Alahai~ Mamat Bangla nyanyi lagu Saleem- tinggal kenangan




Pergh~ gila bai.,Sedap kot mamat bangladesh ni nyanyi lagu Saleem. Dengan sengau-sengau merdu saleem tu semua cukup. Patut la ramai perempuan melayu yang minat kat diorang. hehe~
cuba korang tengok video kat bawah nih~

Alahai~ Minum air dari mayat reput


Pergh.,geli kot kalau bayangkan., korang cuba la baca artikel yg dipetik dari sebuah Surat khabar semalam~
BEBERAPA anggota polis memeriksa bumbung flat di Blok 686B,Woodlands Drive 73, Sembawang selepas mayat seorang amah Indonesia ditemui dalam sebuah tangki air


SINGAPURA - Penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tidak menyedari bahawa mereka menggunakan air termasuk untuk memasak adalah daripada sebuah tangki air yang mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati, lapor akhbar Straits Times semalam.

Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.Ewwwwww~

Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut.



Alahai~ Fakta menarik untuk anda(kpd yg nk + ilmu)

Berikut ada 20 fakta menarik yang anda patut tahu jika anda seorang penggemar ilmu. Kalau anda tidak berminat dengan ilmu tak perlu pon takpe. Tak marah langsung ^^.


Tuesday, May 17, 2011

Alahai~ cara untuk pastikan pemamdu bas pandu cermat

SEO

Sebuah syarikat bas di China telah melancarkan satu kempen baru 'memandu dengan selamat' - dengan menggantung mangkuk besar berisi air di sebelah pemandu bas.

Longxiang Public Bus Company di Changsha, wilayah Hunan, berkata pemandu-pemandu mesti memandu dengan cermat untuk menghindari air daripada tertumpah.(brilliant bhai~)

Alahai~ benarkah binatang mampu meramal sesuatu?


Tahukan anda?


Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.

Alahai~ Seks dikhalayak ramai itu satu seni? huh?




Di Songzhuang, Beijing, penggiat seni berusia 57 tahun iaitu Cheng Li telah melakukan hubungan seks sebagai satu pameran seni, ditangkap oleh polis, dan dijatuhi hukuman 1 tahun pendidikan semula dan menjadi buruh paksa.

Alahai~ Ni couple punya hal.


SEBELUM COUPLE :



L : Saye dah lame tunggu saat ni.

P : Awak nak tinggalkan saye ke?

L : Tak! Jangan pikir camtu. Tak mungkin terjadi.

P : Awak sayang saye tak?

L : Ye. Setiap mase.

P : Awak penah tipu saye tak?

L : Tak. Kenape awak tanye camtu?

P : Awak akan cium saye tak?

L : Setiap kali ade peluang.

P : Awak akan pukul saye tak?

L : Gile ke? Saye bukan laki camtu!

P : Boleh saye cayekan awak?

L : Ye!

P : Sayang!


SELEPAS COUPLE : BACE DARI BAWAH HINGGA ATAS

Alahai~ Getah ikat rambut diperbuat dari kondom.


Ar, ni aku nak bagi tahu. Kepada yang gemar membeli barang buatan CHINA(made in china), korang tersangat-sangat perlu berhati-hati dengan kandungan yang diorang pakai dalam penghasilan produk diorang tu. Diorang ni cuma nak keuntungan je walhal barang tak berkualiti(kebanyakan).

ce tengok getah rambut kat bawah ni:

Alahai~ Kereta yang terbuang kat dubai


Dubai, memang negara yang kaya. Rakyat nya pon boleh tahan kaya. Tengok la gambar-gambar ni~



Alahai~ Rebbeca black-Friday versi malay and chinese



Well, everybody knows rebecca black aku rasa kan. Kebencian ramai orang terhadapnya kat utube menyebabkan aku kenal dia, dan aku jumpa video-video ni jugak. hehe~ Enjoy!!

Alahai~ Gambar sapa sebenarnya ni?


Wow, aku pon tak tau ni gambar sapa,. Kalau dilihat dari dekat, foto ini kelihatan seperti Albert Einstein.

Monday, May 16, 2011

Alahai~ Apa ada dalam Kaabah?


Mungkin ada yg beranggapan kaabah itu satu batu besar padu dan diselimuti dengan kiswah atau kelambu kaabah. Hakikatnya kaabah itu mempunyai ruang di dalamnya dan hanya ada satu pintu masuk ke dalamnya. Hanya pemimpin-pemimpin Islam antaranya tun dr mahadhir mohammad,. dan orang tertentu sahaja yg dibenarkan masuk ke dalamnya antaranya seorang pemimpin Islamik society north Amerika dan telah merakamkan gambar di dalam kaabah pada tahun 1998. Antara yang terdapat di dalamnya ialah;

Alahai~ Bangga nya aku sebagai rakyat malaysia

Dengar cerita ron 95 nak naik harga~
ok, so.. bersiap sedialah dengan harga yang baru.,yeah!! cayalah.,
vespa aku pon memang suka kalau disuap minyak mahal-mahal ni, plus pulak 2T terbaik dari ladang habaq hang., laju la vespa aku lepas ni, yela kan, pakai minyak mahal~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...