Sunday, May 15, 2011

Alahai~ Super Annoying message in fesbuk~

1st time tajuk entry dalam english bai~ hehe
ok, aku pecaya sapa-sapa pon mesti penah dapat mesej annoying berbentuk:
  • "sila klik link ni, terima kasih"
  • "masih tidak pecaya, klik link ini. Jana pendapatan dari on9 je"
  • "ramai yg telah berjaya, kini tiba giliran anda, klik link ini"(lebih kurang mcm tu la ayat dia)
  • dan seangkatan dgn nya.
Kalau dulu sibuk dengan men 'tag' gambar-gambar duit kat account fesbuk aku, tp sekarang dh tukar style. Yela, nak add kang tak di approve. So diorang gunakan mesej la untuk tarik kita supaya join diorang.
-cuba korang usha message- 

mula-mula aku dapat mesej ni pergh, what the fishket, minah saleh mana plak hantar mesej kat aku cakap melayu ni. Tp dalam hati aku dah suspek dah. Bak kata Aidid M'uaddib, sekilas ikan di air aku dah tau tu bukan ikan~

dan bila aku klik profile dia, ini la yg keluar. Awek chicago bai~ haha.,
sangat kelakar. Kalau nak buat business sekalipon tak perlu la untuk buat FAKE profile. Awal-awal lagi dah menipu. Macam mana aku nak percaya dengan business korang tu.


Dan seperti yang aku sangka-sangka, bila klik je link dia tu ini lah yg keluar. What the fish, 2jam seminggu boleh jana RM30,000. Ko biar betul bai? Budak-budak buat blog ni pon berjam-jam jugak nak pikir buat entry menarik supaya orang boleh masuk n klik iklan diorang.

Ni la kot pengasas diorang. Nama macam dari indonesia. pergh, siap SALAM 1MALAYSIA kot. Baik punya~

Hehe., tektik biasa ni. Tapi tak pela kan. Dia cakap dia nak bagi aku kereta. Bukan senang bai nak dapat kereta camni. Dapat je nanti aku bawak masuk U aku sekali dua je nak show off(niat jahat) pastu direct pegi jual. Dapat duit aku nak beli mazda Astina(kereta feveret masa kecik2), duit lebih boleh bawak mak ayah aku pegi buat haji~

Ni sebab kenapa aku perlu menuntut ngan mamat nih.
Tapi kalau boleh aku nak belajar pasal Engineering la. Sebab aku sangat-sangat berminat untuk jadi seorang engineer suatu hari nanti, bukan jutawan internet~

yups~ mungkin ramai yang akan cakap kat aku:
"lahai bro, rileks suda, yang ko pegi klik link dia tu apahal?? delete suda~"

dan ni yang aku akan cakap balik:
"bai, kalau setakat sekali dua anta mesej camtu xpela, ini dah bekali-kali kot,.menyirap lak ai, sblum ni aku bleh delete. cuma ni je aku nk dedahkan sket. Bengang la dol! kalau nk business tu xpe, tp xperlu la nk menipu bagai kan. Nabi kita pon business juga, tp xmenipu pon~" 
______________________________________________________

Takda jalan pintas dan mudah nak jadi kaya. Mesti disusuli dengan usaha yang keras serta doa kepada yg Esa. Bukan sekadar 2-3jam online je~
Nak buat business, buat cara Nabi kita.
Perniagaan yang sah mengikut hukum syariat Islam adalah:
  1. Ia berasaskan aqad saling meredhai antara penjual dan pembeli.
  2. Ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak keatas suatu urusan perniagaan atau jual beli.
  3. Ianya bebas sepenuhnya dari larangan-larangan syarak iaitu perkara-perkara yang dilarangnya.
Sekian, aku tak la pandai sangat bab-bab hukum hakam agama ni tapi atlis, kita ikut cara nabi sebab cara baginda semestinya HALAL dan lebih DIBERKATI ALLAH~

p/s: 1st time jgk entry aku menaip panjang cam gini haa~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...