Wednesday, May 18, 2011

Alahai~ Minum air dari mayat reput


Pergh.,geli kot kalau bayangkan., korang cuba la baca artikel yg dipetik dari sebuah Surat khabar semalam~
BEBERAPA anggota polis memeriksa bumbung flat di Blok 686B,Woodlands Drive 73, Sembawang selepas mayat seorang amah Indonesia ditemui dalam sebuah tangki air


SINGAPURA - Penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tidak menyedari bahawa mereka menggunakan air termasuk untuk memasak adalah daripada sebuah tangki air yang mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati, lapor akhbar Straits Times semalam.

Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.Ewwwwww~

Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut.




Seorang jurucakap polis memberitahu agensi berita Associated French Press, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun telah ditangkap berhubung kematian pembantu rumah tersebut yang berusia 30 tahun.

Mayat wanita itu ditemui di dalam salah satu daripada lapan tangki air di atas bumbung flat setinggi 15 tingkat itu kelmarin selepas polis menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat dipercayai rakan lelaki Bangladesh tersebut.

"Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini," kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi.

Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. "Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor," katanya.

Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan(terbaik la) selain memakai baju-T dan seluar bermuda.

Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman.

p/s: ewww~ aku tak dapat bayang sial~ geli kot.,


8 comments:

Alan Rizque said...

Penambah perisa..patut pun habis sup kacang kena makan..huhu

hyemynameisrasyid said...

@alan rizque:
hehe.,perisa tambahan yg belum tau akibat buruknya., tp yg pasti mmg menyedapkan masakan^^
btww,.thanks for viewing my blog and follow., jemput2 la datang selalu ek.,pastikn hidangan terbaik untuk korang^^

Ana Zainol said...

erk????
kembang tekak ble bce...

PUTERI NATASSIA said...

errkk ? aduuhh , loya je rase bile bace . . pttla air berbuih2 .. eeuuww .

hyemynameisrasyid said...

@ana zainol:
hehe.,sup air mayat.,sedap oo.,
macam kuah char kue tiau~~

hyemynameisrasyid said...

@puteri natassia:
berbuai yg xdpt byg tu.,terbaik.,
siap ada luka dibhgian blakang badan lagi kot.,pergh~
btw, thanks viewing^^

Fiza Velnisa said...

rasa nk muntah...yuck..!!

hyemynameisrasyid said...

@fiza velnisa:
hehe.,cool huh?
mandi pagi ngan air mayat~!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...