Sunday, May 1, 2011

Alahai~sabab kenapa Allah uji hambaNya

Baru-baru ini, salah seorang dari kawan aku telah kehilangan bapanya yang tersayang. Al-Fatihah. Walaupun tidak mengenali arwah, tetapi aku tetap menangis sedih. aku turut dapat merasakan kehilangan spt yang dia rasa.

Aku doakan rakan-rakan aku yang kehilangan orang-orang yang tersayang dalam hidup mereka ni, akan tabah dan sabar. InsyaAllah, walaupun tak dapat bersama-sama kat dunia ni, akan bertemu jua di alam yang kekal abadi nanti, moga-moga di syurga. Amin



Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipulah aku rasa kalau seseorang itu berkata yang dia tak pernah ditimpa musibah. Aku percaya, setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dgn berbagai-bagai ujian tp sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yg membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jgn mudah putus asa.

Allah menguji seseorang bkn kerana Allah benci kpd kita tp percayalah yang Allah sgt kasih kpd kita. Cuma kita sebagai hambaNya, kadang-kadang tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Ketahuilah bahawa Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

mutiarakata1

So, apakah yang harus kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt. Perlu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan dtg, so, bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Salam takziah Julianna Razak. Be strong~


p/s: mati itu pasti, hidup insyaAllah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...