Saturday, May 7, 2011

Alahai~ Hukum tertido dalam khutbah jumaat.

Semalam aku ke hentian kajang sebab nak naik bas balik ke taiping, so masa tu pukol 12lebih dah la. Tiket plak aku ambik pukol 2.45ptg. Maka sempat lah aku utk menunaikan kewajiban sbg seorang lelaki di hari jumaat iaitu, SOLAT JUMAAT.

Aku pon bergegas ke masjid berdekatan je,(hasil dari tanya kepada seorg brader yg lalu kt area tu "bro, masjid paling dekat kat kt mne ek?", lalu dijawab, "ohh, ko jln je stret,pastu ko nmpk tangga kat ujung tu, ko naik tangga tu,.depan tu ko nmpk masjid". begitu la lebih kurang). Time dengar kutbah jumaat tu, aku terperasan yg sorang brader sebelah aku tu tido baik punya plus sandar kt tiang(port baik utk tido). Aku bejaya kejut kan dia dgn menggunakan tektik cuit dan hulur tangan utk bersalam(kaum lelaki mmg paham bebenor lah). Tp lepas dua tiga minit brader tu padam balik. Mungkin sbb letih sesangat kot.

Ok, aku pecaya mesti ramai kaum lelaki yg baca ni sgt2 memahami situasi ni. Sama ada korang kejutkan orang tido mahupon korang yg dikejut sebab tertido masa khutbah jumaat(aku pon kekadang tertido jugak la~.~).

Kat sini aku nk kasi 3 tektik macam mana nak kejut orang yg sedang asyik tido or tertido dalam kutbah jumaat ni.
  • 1st, korang duduk sebelah dia dan cuit sambil hulurkan tangan kt dia. Nak bersalam la kiranya~
  • 2nd, korang hulurkan tabung derma masjid depan diorang dan cuit supaya diorang terjaga dan nampak tabung yg korang hulur tu~
  • 3rd, korang cuit orang yg tido tu time baca doa kat khutbah ke-2~

Seterusnya(banyak pulak nak menaip ni).. apakah HUKUM tertido or sengaja tido dalam khutbah jumaat ni?

hukum tido semasa khutbah, solat jumaat nya sah tetapi kurang pahala. Selain itu, dikhuatiri jugak, korang tertido terlalu nyenyak sehingga membatalkan wuduk seperti beralih punggung atau terkentut dan sebagainya.

Kalau boleh, cuba la jangan tido time khutbah jumaat ni ek, ingat lah kaum adam bahawa kita ni beruntung sikit sebab dapat tengok khutbah jumaat secara langsung dan terus di depan mata. Kaum hawa cuma berkesempatan tengok kat TV je.,^^

p/s: jangan sekali-kali tinggal solat jumaat 3kali berturut-turut dengan sengaja~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...