Showing posts with label keindahan tak terungkap. Show all posts
Showing posts with label keindahan tak terungkap. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Alahai~ Fakta sains tentang Kaabah


Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. 
Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang mungkin ramai tak tahu. So, aku copy paste dari internet, share kat sini..

Wednesday, March 21, 2012

Alahai~ Keajaiban air zam zam.(must see this video guys)

Air zam zam. Air yang femes lagi banyak terkandung khasiat nya. Ini dah pon dibuktikan bukan saje oleh saintis-saintis Islam, malah saintis bukan Islam.

Air zam zam ni sebenarnya boleh dijadikan ejen dioksida or bahasa mudah paham, untuk buang kandungan oksida dalam badan kita. 

Lets check out this video yang aku terjumpa kat Youtube tadi.

Saturday, February 25, 2012

Alahai~ Kelebihan surah ad-Dhuha

Surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, ditinggalkan dan dibenci. Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Allah SWT telah membenci dan meninggalkan baginda SAW.

Allah SWT dengan bahasa lembut menyejukkan jiwa Nabi SAW, bahawa Dia tidak tinggal dan bencikan Nabi SAW. Bagi mereka yang merasakan diri disisihkan manusia, hakikatnya,Allah tidak biarkan mereka kesepian. Dia sentiasa bersama, lalu, Dia pujuk jiwa yang disisihkan itu dengan jaminan bahawa hari esok adalah cerah dan lebih baik dari hari ini.
Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu.

Thursday, February 9, 2012

Alahai~ Fadhilat Puasa Setiap Bulan.


Assalamualaikum =)

Harini aku nak share pasal puasa pulak. Kenapa? Dah dekat bulan puasa ke? Belom lagi kan, alang-2 tengah puasa sunat tu, tiba-tiba terpikir plak nak share pasal fadhilatnya. Okay, Nabi SAW  menggalakkan kita puasa sunat. Puasa sunat yang aku nak sharekan harini adalah puasa sunat selama tiga hari pada pertengahan(13,14,15) bulan Islam (muharram, saffar, blablabla). 

Puasa tiga hari tiap bulan pada tanggal 13, 14 dan 15 adalah puasa sunat. Latar belakang pensyariatannya adalah dua hadits Rasulullah SAW berikut ini.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا أَبَا ذَرٍّ إذَا صُمْتَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةً فَصُمْ ثَلَاثَ عَشَرَةَ وَأَرْبَعَ عَشَرَةَ وَخَمْسَ عَشَرَةَ- رَوَاهُ أَحْمَدُ وَالنَّسَائِيُّ وَالتِّرْمِذِيُّ
Dari Abu Zar Al-Ghifari ra. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, Wahai Aba Zarr, bila kamu puasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada tanggal 13, 14 dan 15.

وَعَنْ أَبِي قَتَادَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلَاثٌ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَمَضَانُ إلَى رَمَضَانَ فَهَذَا صِيَامُ الدَّهْرِ كُلِّهِ- رَوَاهُ أَحْمَدُ وَمُسْلِمٌ وَأَبُو دَاوُد
Dari Qatadah bin Milhan bahwa Rasulullah SAW memerintahkan kami untuk puasa pada hari-hari putih , yaitu tanggal 13, 14 dan 15. Puasa di hari-hari itu seperti puasa selamanya.

Jika kita tidak dapat puasa pada hari-hari yang pertengahan, tidak mengapa. Kita boleh sahaja memilih hari apa untuk kita berpuasa asalkan ia 3 hari dalam sebulan. (Khas untuk kaum hawa) Yang dimaksudkan puasa pada pertengahan bulan itu adalah hari yang afdhal kerana Nabi SAW sendiri yang melakukannya. Ikutkan lelaki lagi senang berpuasa pada hari-hari pertengahan ni. (Untunglaa --') Disini juga saya sertakan  lagi hadith daripada Nabi Muhammad SAW yang berbunyi ; 

Sabda Nabi s.a.w.; 

“Berpuasa tiga hari pada setiap bulan seumpama berpuasa sepanjang masa” 
(HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.). 

Abu Hurairah r.a. juga pernah menceritakan; 

“Temanku (yakni Rasulullah s.a.w.) telah mewasiatkanku dengan tiga perkara;

1. Berpuasa tiga hari pada setiap bulan.
2. Mengerjakan dua rakaat solat dhuha.
3. Menunaikan solat witir sebelum aku tidur”.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


Hari-hari tersebut dinamakan sebagai “أيام البيض” (hari-hari putih) kerana pada malam-malamnya bulan mengambang dan cerah.[1]


Source : Puasa Sunat , Puasa Sunat 2 and Puasa Sunat 3 

Puasa setiap bulan juga merupakan amalan Nabi SAW ataupun kita ketahuinya sebagai sunnah. Enrty ini dibuat sempena Maulidur Rasul pada ahad lalu yang bertarikh 5hb Feb 2012 bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1433 Hijrah. Wallahu'alam. Sekian Terima Kasih. 


Wednesday, February 1, 2012

Alahai~ Manusia Diibaratkan kerbau?


Sekiranya syaitan diibaratkan singa, kerana sifatnya membaham mangsa,
Manusia pula diibaratkan kerbau kerana menjadi mangsa,
Kerbau selamat sekiranya bersama kekawanan kerana singa juga
ada sifat takutnya...
Manusia pula selamat sekiranya berjamaah kerana syaitan takut kepada Tuhannya, hati-hati manusia dalam jamaah menjadi satu, menegakkan kesatuan Ilahi...

Malangnya seekor kerbau sekiranya dia terpisah dari kekawanannya...
Kerana dia terdedah kepada pemangsanya kekawanan singa...
Malangnya dia kerana mudah dibaham singa yang lapar lagi dahaga.
Individu manusia sekiranya tidak berjamaah atau terpisah dari jamaah ataupun
sengaja dipisahkan,
Betapa malangnya dia, kerana dia terdedah dengan kekawanan syaitan yang memang
sentiasa mencari mangsanya...jadilah dia,
Individu malang di baham syaitan!

p/s: credit to CikguPJ

Tuesday, November 8, 2011

Sunday, July 31, 2011

Alahai~ Air terjun yang mengalir ke atas.


Korang tau tak pasal air terjun yang mengalir ke atas? 
fenomena ni berlaku kat Australia baru-baru ni. Ini berlaku akibat dari kelajuan angin kira-kira 120km/j. Ombar pon tinggi masa ni. kira-kira 5 meter tinggi dia. uii dasyat,,,

jom tengok video air terjun tu ki bawah ni~

Monday, July 11, 2011

Alahai~ Dunia kita dah nak kiamat



Hmm, awal-awal pagi ni jom kita kupas sikit isi sebuah hadis baginda Rasullullah tentang tanda-tanda hari kiamat ni. Satu hadis je. Boleh la ek, baca tau. Sebagai bekalan kita bersama nanti. Anyway, ini pon aku copy paste je, tak pandai nak karang-karang ni. hehe.

okeh, tanpa celoteh panjang lagi. Jom, spent kan 3minit masa anda untuk berkongsi pendapat tentang hadis dibawah ni ye~

Friday, July 1, 2011

Alahai~ Video yang membuatkan aku gelak dari mula sampai habis

Lepas tengok video ni, aku perasan bahawasanya komedi ni tak kesah dalam bahasa apa pon, as long as ianya digelar komedi, orang akan tetap ketawa. Dan ni aku rasa satu komedi yang tak disengajakan. Sangat-sangat spontan dan tak dapat di kawal^^

Lihat video di bawah~

Wednesday, June 29, 2011

Alahai~ Jom tengok bumi dari 100 000ft melalui belon



Tahukah anda macam mana rupa bumi kita kalau dilihat dari jarak 100, 000 kaki dari atas? tinggi tu,...selalunya kalau naik aircraft besar-besar pon cuma akan mencapai altitude sekitar 30 000ft to 40 000ft(tu pon dah dikira tinggi). Dan record altitude paling tinggi yang dipegang oleh aircraft adalah 85, 135ft oleh aircraft jenis fighter model lockheed pada june 1965. Lama dah tu-.-'


-lockheed-


okeh!, kat bawah ni tunjuk bagaimana gambar video dari 100,000 kaki jarak dari bumi yang dirakam melalui belon. Sangat smart,

Tuesday, June 21, 2011

Alahai~ Bebaskan tangan dan jari anda(video sempoi)


Hoholiau~
Video ni di share oleh sorang kawan melalui fan page Alahai~ dalam facebook,.
Dan yes, video ni sangat menarik, kalau tak menarik aku memang taknak letak dalam ni.
So, tak rugi pon kalau korang tengok.
Enjoy k~

Sunday, June 19, 2011

Alahai~ Daging tiruan diperbuat daripada apa?


Para saintis di Jepun telah menemui kaedah untuk memproses tahi kepada daging tiruan. Pergh. pelik bai~
Mitsuyuki Ikeda, seorang pengkaji dari Okayama Laboratory,beliau ni lah yang telah menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia. Yes, beliau memang bijak. 

Wednesday, June 15, 2011

Alahai~ Muzium dasar laut Caribbean

Pernah dengar muzium bawah dasar laut
well, check this out.

Muzium ni terletak di 121.92 m di dasar laut Caribbean , berdekatan dengan Cancun City , Mexico. So, kalau nak masuk muzium ni kena la ber'dressup' sebagai seorang perenang scuba. Muzium ni still dalam pembinaan lagi dan dijangka akan dibuka sebelum tahun depan.

Ni diantara gambar benda-benda yang terdapat dalam muzium tu. Layan~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...