Friday, June 10, 2011

Alahai~ 5 Setem termahal di dunia




Alert kepada korang pengumpul-pengumpul setem!!!!!!!!.
Pernahkah korang tahu bahawa dengan setem kita boleh buat untung yang besar?(pertanyaan ala2 iklan)
dengan beberapa cara, korang dapat menjadikan koleksi simpanan setem korang tu jadi sesangat lah berharga selain dari jadi bahan untuk korang act depan member-member sebab korang ada setem yang best, jadi bahan untuk tarik minat para gadis sebab hobi korang adalah kumpul setem(kira hobi yang ala2 cute la konon), mahupon dijadikan bahan jualan untuk menambah  dan menjana income anda dari rumah(ayat MLM).
Caranya adalah, korang beli setem-setem kat bawah ni, then korang simpan dalam 10-20 tahun. Pastu jual dengan harga lebih tinggi dari harga korang beli. SETEL.


5. Hawaii Misionaris ($ 0,5 juta)

Mubaligh Hawaii, 1851 adalah setem pertama Hawaii. Sebabnya, “Misionaris Hawaii” ni dicetak dengan  kertas tipis dan kasar, cuma beberapa setem yang telah diselamatkan dan merupakan setem yang sangat jarang dan 'rare' utk korang temui. Nilai terendah 2.5 sen je dan pada tahun 1851, nilai ni adalah nilai yang paling jauh boleh kita post, dan yang masih tinggal cuma lah 16 unit je.


4. Benjamin Franklin Z-Grill ($ 1.5 juta)

The U. S. Franklin Z-Grill, 1867. Ini adalah yang paling lama or season dari semua setem Amerika Syarikat, hanya menemui dua keping je. Pada tahun 1988 setem 1sen “Z-Grill” dijual pada tahun 1868 dengan harga $ 1.5 juta. Amik ko!



3. The Penny Black ($ 2 juta)

Penny Black adalah setem berpelekat rasmi pertama di dunia(sebelum ni pakai cop merah tu), dan dikeluarkan oleh Kerajaan England pada tarikh 1 Mei 1840 . Mula digunakan pada tarikh 6 Mei bersamaan dengan hari guru(info tambahan dari aku sendiri). The Penny Black sebenarnya tak la jarang sangat untuk korang temui, tapi termasuk setem paling mahal. Kira ok la. Tak rare tp mahal~



2. Yellow 3-Skilling ($ 2.7 juta)

Yellow three-Skilling adalah salah satu setem yang paling lama dan satu-satunya yang masih tinggal(kira memang rare sesangat dah la ni). Setem ni sebenarnya setem disalah cetak yang diterbitkan oleh kerajaan Sweden dalam pencetakan pertama pada tahun 1855. Pada tahun 1990 harga setem ni mencapai $ 1 juta, tapi diorang taknak jual lagi masa tu. Kerajaan Sweeden jual setem ni pada tahun 1996 dengan harga $ 2.700.000. hoholiau aaa~~~pakcik kayo!



1. British Guyana 1Cent ($ 3 juta)

British gayuna, tahun 1856 adalah di antara setem yang paling lama dan paling mahal jugak. Setem dicetak di atas kertas nipis dengan dakwat hitam, sebab keadaan tengah kelam-kabut masa tu. Aku pon tak tau sebab apa diorang kelam-kabut time tu kerana tak disebut pon sebabnya. So, ni adalah salah satu setem yang paling mahal di dunia ni dan yes, beliau pegang title nombor satu sebagai setem paling mahal di dunia. HAHA!(aku pon taktau apa tujuan aku gelak diujung ayat ni).




sumber bertulis di batu bersurat di- http://www.theoddpics.com/2010/08/top-5-most-expensive-stamps-in-world.html
tapi aku dan olah versi melayu dan senang utk difahami.

p/s: aku baca info ni aku teringan cerita 'setem'.,best oo



2 comments:

Sya_Merpati Putih 88 said...

wow mahainye..camgnie leh jdk jutawan..selama nie xpnah tau pun psal nie..thanks share info...lps nie kne simpan album setem baik2..hehehe..(^_____^)

hyemynameisrasyid said...

@terbang bersamaku:
yezzza.,
ur welcome.,
em.,setem akan jadi berharga bila umurnya meningkat.,oleh itu, stem yg anda simpan skarang akn jadi berharga pada anak cucu cicit anda^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...