GURUN: Sepasang suami isteri mengalami detik cemas dan mengaibkan apabila dibogelkan tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang serta rotan yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Sungai Badak, di sini, sebelum si isteri dilarikan kumpulan penjenayah itu, kelmarin.
Mazri Sharif, 30, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, isterinya, Nornasuha Azmi, 21, dilarikan tiga lelaki terbabit dengan sebuah Toyota Estima yang menunggu di luar rumah.
Mazri yang juga peniaga kedai makanan berkata, dia cedera di tangan akibat ditetak dengan parang manakala bapanya yang berusia 71 tahun cedera akibat dicekik.
“Saya percaya kejadian ini ada kaitan dengan perkahwinan kami,” katanya yang berkahwin dengan Nornasuha, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok di sini, di Selatan Thailand, pada 23 Julai tahun lalu.
Mazri berkata, dia amat geram dan sedih apabila tiga penjenayah itu memecah masuk bilik tidurnya lalu membogelkan dia dan isterinya.
p/s: ni mesti kes dengki~ ish2.,
8 comments:
ish !
kesian dorg xpsl2 kena bogelkan dgn org yg pecah masuk tu...
agak2 ni mesti kes cemburu kan ???
@salina:
emm., tu la.,
barangkali.,kes cemburu kot.,bini dia pon cntik.,muda lagiplak tu.,msti ramai yg iri hari.,standard org kita le =.='
yang penting tu bukan gambar wife dia.. bodoh arr sapa yg letak pic ni...
@anonumous:
ek.,xtau plak aku.,paper yg taruk gambar tu., =.='
gila orang zaman sekarang nii. nauzubillah
@zaza:
em.,pelik2.,zaman skang.,akhir zaman la katakan
bt malu ja lau btul 2 muka yg dbogelkan...adoyai...apa nk jd zmn skrg ni...
@anon:
ntah,,dgr citer.,metro main taru ke gmbg org.,=.='
Post a Comment