Sunday, June 19, 2011

Alahai~ kisah pendek tentang MELAYU dan KETAM.


Aku nak kongsi satu cerita menarik ngan korang semua. Mungkin kita boleh ambil iktibar dari cerita ni.
Sebenarnya kisah ni sorang member aku yang kasi.
ok, lets go!


Tak lama dulu(once upon a time) ada la sorang melayu ni yang teringin nak makan lauk ketam. So, pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik sorang cina yang menjual ketam. Dan diorang pon mula berdialog seperti situasi standard di pasar borong.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

yeah, itu la al-kisahnya. Okeh, aku bukan nak racist ke apa kat sini, cuma korang semua ada otak boleh pikir, pikirkan lah maksud tersirat dari kisah tu. 
-masakan melayu sedap dimakan-

p/s: apa guna kita maju kalau seagama, sebangsa dan senegara kita masih mundur.

Anyway,kalau post ni bagi info kepada anda, klik la button "like" kat bawah post nih~

9 comments:

Syazwan said...

pergghhh..paham-paham!

Aimifiqa said...

yup. betul2. dalam situasi belajar pun same.

hyemynameisrasyid said...

@syazwan
hehe.,bagus.,no need to xplain anymore rite.,^^

hyemynameisrasyid said...

@aimifiqa:
yezza.,taktau la knapa yg jadi cmtu.,ih2

.m y z. said...

ayat yang sangat mendalam! betul2. kalau macam tu, sampai bila lah melayu nak maju.

hyemynameisrasyid said...

@myz:
emm.,yes2.,oleh itu, jom lah kita sama2 mengubah mentaliti bangsa kita sndri.,kita kn generasi muda^^
mulakan dengan berkongsi ilmu melalui blog.,^^

Nur Zaheera said...

ever heard this story before. huhu. memang betol pun. huhu

hyemynameisrasyid said...

@zaza:
hehe.,tgok thong sudah.,kan?
ye ke? ala, ni cerita common je.,but menarik kan.,hehe~

Anonymous said...

i thought this ketam story was about the three races..bukan ketam cina and melayu je but also ketam india...i heard it long time ago, maybe another version kot....but memang betul pun... so ambil lah iktibar dari cerita nie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...