Saturday, June 4, 2011

Alahai~ 10 bangunan terbesar di dunia.


Pernahkah korang terfikir berapa luaskah bangunan yang terbesar di dunia? agak-agak akalau nak buat padang bola tu boleh tak?
Tapi sebenarnya,. point aku kat sini adalah nak bagi tau yang aku bangga jadi rakyat malaysia sebab bangunan kat malaysia ni pon ada jugak yang tersenarai kat dalam list top 10. Dasyat~~~~


Berikut adalah 10 bangunan paling luas di dunia yang pernah dibuat oleh manusia :




10. Suvarnabhumi Airport, Thailand

Boleh dikatakan bahawa lapangan terbang 'Suvarnabhumi Airport' adalah salah satu lapangan terbesar di asia tenggara, dengan ruang tunggu yang luas serta ruang kendali dan administrasi(ayat skema) yang luas jugak, total keluasan seluruh bangunan ini adalah sebesar 563,000 m² (tak termasuk runway)

9. Hong Kong International Airport, China
Tangga ke sembilan masih tetap dikuasai oleh lapangan terbang, namun kali ini bukan dari asia tenggara, but dari china, iaitu 'Hong Kong International Airport', salah satu lapangan terbang tersibuk di dunia, bangunan lapangan terbang ni mempunyai luas sebesar 570,000 m².

8. K-25, USA
K-25, USA adalah sebuah pusat produksi dan penelitian uranium milik amerika syarikat yang berada di daerah Tennesee. Bangunan ni dibangun pada tahun 1945 dan menelan perbelanjaan sekitar 512 juta dollar. Seluruh kawasan bangunan ini adalah seluas 609,000 m².

7. Pentagon, USA
'Pentagonadalah markas pusat ketenteraan dan pertahanan Amerika syarikat, jadi tak heran la kalau pentagon mempunyai luas yang sangat luaq biasa, kalau korang nak tau, di Pentagon terdapat banyak senjata dan bagai-bagai teknologi ketenteraan milik Amerika syarikat, keluasan seluruh bangunan ini mencapai 610,000 m².

6. The Palazzo, USA
Tangga ke 6 masih diboloti oleh Amerika syarikat(lepas dia,dia), namun kali ni bukan bangunan ketenteraan, tapi sebuah Hotel dan casino megah yang berada di Amerika syarikat. The palazo hotel and Resort merupakan bangunan mewah. Luas bangunan ini mencapai 645,581 m².

5. Berjaya Times Square, Malaysia
'Berjaya Times Square' adalah sebuah pusat shoping dan hiburan terbesar di malaysia(nak kena bangga ke x ni?). Di dalam Berjaya Times Square terdapat dua hotel bintang lima, pusat beli-belah , opis a.k.a pejabat , Taman Indoor, dan fasiliti mewah lain, luas bangunan ini adalah 700,000 m².

4. The Venetian, Makau, China

Ni pulak adalah tempat rehat, Shoping mall dan judi Dunia, di Makau, diorang memerlukan sebuah tempat komplek yang didalamnya ada kasino, hotel, mall dan sebaginya(pekej la kiranya). dan sebab itu lah The Venetian dibina. Tempat ini memenuhi semua syarat sebagai tempat rehat orang-orang kaya Makau. Keluasan The Venetian ini mencapai 980,000 m².

3. Beijing Capital International Airport, China
'Beijing Capital International Airport' adalah lapangan terbang penting di china, Beijing Capital International Airport tercatat sebagai lapangan terbang tersibuk ke 8 dunia serta lapangan terluas ke 2 di dunia, luas airport ni mencapai 986,000 m².

2. Aaalsmeer Flower Auction, Belanda
'Aaalsmeer Flower Auction'(nama dia best) adalah sebuah pusat pasar bunga dunia. Setiap hari, ribuan dan jutaan bunga datang untuk dipasarkan ke Belanda dan seluruh Eropah, luas pasar bunga terbesar di dunia ini mencapai 990,000 m².(bapak luas, dalam hati ada taman betol)

1. Dubai International Airport, Dubai
'Dubai International Airport' adalah lapangan terbang terbesar di dunia, dengan 97 escalator, 157 lift, 180 check-in counters, dan ruang parking kereta yang sanggup menampung sampai 2600 kereta membuat airport ni terpilih sebagai bangunan terluas di dunia dengan luas total bangunan ni mencapai 1,500,000 m².

sumber- http://www.uniktapifakta.com/2010/07/10-bangunan-terluas-di-dunia.

p/s: airport dubai tu boleh sesat kot~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...