Friday, June 3, 2011

Alahai~ Wanita potong 'anu' si perogol.

-gambo hiasan je-

DHAKA: Seorang wanita Bangladesh berusia 40 tahun memotong alat sulit seorang lelaki ketika lelaki itu cuba merogolnya dan kemudian membawanya ke balai polis sebagai bahan bukti. Pergh, ngilu betul aku mendengarnya.

Menurut polis, ibu tiga anak itu diserang ketika sedang tidur di gubuknya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer di selatan Dhaka pada malam Sabtu lalu. “Ketika suspek cuba memperkosanya, wanita itu memotong alat sulit lelaki itu dengan pisau. Dia kemudian membalut kemaluan lelaki berkenaan dalam plastik politena dan membawanya ke balai polis sebagai bukti jenayah,” kata Ketua Polis Jhalakathi, Abul Khaer.


Ha, padan la dengan muka si perogol tu. Baru ko rasa azab kan. Ush, balasan setimpal dengan kelakuan yang kita buat, cuma belum tahu balasan tu diterima terus di dunia mahupon ditanggung di akhirat. Yang penting, perlu di ingat,

"BUAT KEBAIKAN AKAN DIBALAS DENGAN KEBAIKAN, BUAT KEJAHATAN AKAN DIBALAS DENGAN KEJAHATAN"

p/s: patah tumbuh hilang tak berganti la jawabnya ~.~'

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...