Wednesday, May 4, 2011

Alahai~permainan video game yg mempersenda ISLAM


KUALA LUMPUR: 29 APRIL. Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu kaabah.
Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.
sumber: harian metro~

Game yang dimaksud kan di atas ialah "devil may cry". Game yang memang agak popular kalangan remaja masa sekarang.

Kesian kan masyarakat kita ni. Terlampau sibuk hal-hal politik, pangkat dan harta, sampai video game macam gini pon ramai yang terlepas pandang. Walaupun hanya sekadar game, tp aku rasa benda ni sangat mampu dan berpotensi besar utk mempengaruhi minda remaja-remaja muda sekarang. Game ni terang-terang menghina islam.

p/s: main game angry bird je la~hehe

2 comments:

Nur Zaheera said...

macam2 cara dia na rosakkan akidah kita. nauzubillah

hyemynameisrasyid said...

@zaza: mmg pon.,zaman skang ni musuh2 islam menggunakan propaganda yg tersembunyi utk rosakkan akidah umat islam.,sbb tu kita kena kuatkn iman kita.,basic kita msti kukuh.,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...