Huh, lama jugak blogger.com ni under maintenance. Sehari suntuk tak boleh post, tak boleh komen, even dashboard pon xboleh bukak. Entah apa la masalah diorang ni. Tapi Takpe la kan, as long as sekarang semuanya dah ok.
Orait, isu hari ni. Aku nak cerita pasal solat jumaat tadi. Tadi aku agak kelewatan pegi ke masjid. Sampai time dah azan kedua, so tempat agak penuh la jugak(mcm biasa la kan, penuh time solat jumaat je) bermakna port-port depan dah pon ditakluk oleh saudara-saudara yang datang awal. Then aku pon duduk je kat area belakang-belakang jugak la. Dan as usual scene yg berlaku kat masjid masa solat jumaat, bila duduk je terus hulur tangan untuk salam dengan orang kiri kanan. Pastu duduk dengan tenang~
Yang amat memeranjat kan aku adalah, brader sebelah kiri aku tu dengan handphone nokia dia kt tangan. Muka slumber dek je main game "worms armageddon" kt phone dia. Dia stop pon bila aku hulur tangan untuk bersalam dengan dia, pastu sambung balik. Aku nak tegur serba salah sebab time tu khutbah dah pon start. Kang tak pasal-pasal burst pahala jumaat aku.
Mungkin ada sesetengah orang berpendapat,
"alah, pasal tu je pon, tak payah la nk kecoh2 kan, mungkin dia main game tp telinga dgr khutbah"..
mungkin~
Kalau mengantok sekalipun tak perlu la untuk main game kat handphone, come on la. Kalau tak boleh respek kat khatib yang baca khutbah tu pon, hormat la Allah, masjid tu rumah Allah. Aku tak tau la sama ada kat kawasan lain situasi-situasi macam ni terjadi atau tidak, yang pasti aku dah tengok sendiri dengan mata kepala aku sendiri.
p/s: dah besar pon bingai gak,.xtau or buat2 x tau..
3 comments:
peh. ape na jadi sehh =="
@red: tu la.,ntah apa2 ntah.,aku pon plek., nk ckp saudara baru x.,sbb muka mmg melayu tulen dan spt yg sedia maklum.,melayu selalunya lahir sbgai islam~
br donlod game lah tuh, eksaited sampai tak nyempat2 nak main. manusia2.
Post a Comment