Saturday, July 30, 2011

Alahai~ 10 laptop termahal dalam dunia




Korang punya laptop brapa harga? kalangan member-member korang yang sememangnya anak orang kaya plak, brapa harga laptop dia? Agak-agaknya bleh challenge tak dengan harga-harga laptop kat bawah nih.

Jom kita window shoping laptop-laptop yang bajet cool nih~


10. Acer Ferrari 1100(RM8866.52)
Acer Ferrari 1100
Laptop ni dikeluarkan dengan RAM 4 GB dan processor AMD Turion X2 Dual Core. Pergh, not bad.


9. Dell M6400(RM8866.52)
Dell M6400
Harga dia sama ngan acer ferrari 1100 tapi features dia lagi best compare to acer. Laptop ni pakai processor Quad Core Extreme dan RAM dia 16 GB dan grafik dia 1 GB.


8. Toshiba Qosmio G-35-AV660(RM10344.27)
Toshiba Qosmio G-35-AV660
Laptop nih di pacu oleh 2 duo processor, Hard disc drive 250 GB dan grafik kad Nvidia Geforce 7600. Saiz skrin dia 17 inci dengan kadar resolution 1920×1200.


7. Lenovo Thinkpad W700DS(RM13299.78)
Lenovo Think pad W700DS
Sangat sesuai untuk kegunaan geng-geng engineer yang nak design projek pakai CAD. Laptop laptop ni dikuasai oleh 2 Quad processor, RAM 4 GB dan 250 GB hard disk drive.


6. Alienware Area 51(RM14777.53)
Alienware Area 51
Spec Laptop ni agak memuaskan para gemers. Pakai processor 2 duo dan 1TB hard disk drive. Laptop ni di design dengan design yg agak style. Grafik kad dia kasi Nvidia GeForce 9800 GT dalam dual SLI configuration dan 1 GB graphics memory.(aku tak paham sangat benda2 ni)


5. Rock Xtreme SL8(RM14777.53)
Rock Xtreme SL8
Harga dia memang sama ngan yang kat atas tu tapi laptop ni adalah yg terbaik untuk gamers. Laptop ni di paket siap dengan RAM 8 GB dan Core 2 Quad Extreme processor. Nvidia 9800 GT dengan 1 GB memory memenuhi citarasa keperluan grafik yang diperlukan oleh gamers sejati.

4. Voodoo Envy H-171(RM25121.80)
Voodoo Envy H-171
Laptop ni pakai Intel Core 2 Duo Extreme X6800 processor, RAM 4 GB dan dual 250 GB hard disk drive. Saiz skrin Voodoo Envy ni adalah 17 inci dan max resolution setting bleh sampai 1920×1200.

3. Ego for Bentley(RM59110.12)
Ego for Bentley
Laptop ni sesuai untuk perempuan yang kaya yang sanggup spent kan RM59110.12 bagi tujuan fesyen , lagipon laptop punya spec sangat-sangat bangang. Dia cuma supports 64 bit windows Vista dan 160 GB Hard Disk. Tak padan dengan harga betol la. Tapi harga seiring ngan nama la kan. aish~

2. Tulip E-go Diamond(RM1049204.66)
Tulip E-go Diamond
Laptop ni digelar "the world’s most luxurious laptop". Tapi laptop ni cuma ada 2 GB RAM dan 160 GB Hard Disk. Pendek kata, laptop ni memang khas utk sapa2 yang suka show off je. -.-'


1. Luvaglio(1milion usd)
Luvaglio
punyalah mahal, sampai kalau di convert kepada RM, aku pon dah pening taktau camne nak sebut jumlah tu. Laptops ni akan dibuat kalau ada orang yang oder je, dan orang yang oder tu bebas untuk memilih features macam mana yang dia nak, rupa bentuk dan design laptop tu pon suka hati si pengoder termasuk lah material yg dipakai untuk membuat body dia. Laptop ni jugak mengandungi 128 Solid State Drive, USB port yang dah ready build in kat dalam, mp3 player dan dilengkapi dengan pembersih screen berskala kecik. Mybe automatik kot. Aku pon tak paham apsal yang mahal sgt laptop ni.

and for me, COMPAQ sudah~

p/s: beli mahal-mahal kalau tumpah milo ais atas keypad rosak jugak. -.-'

8 comments:

Red said...

aku nak lattop yang atas sekali. tak kira. nak jugak. wakaka XD

hyemynameisrasyid said...

@red:
hehe.,ok2.,nnt aku belikan 4 kat lowyat ye.,satu bilik air kita letak satu laptop~.,
hehe

sakura_sue said...

alahai..comel gila laptop plg atas tuu.hehe

hyemynameisrasyid said...

@ sakura_sue:
hehe.,tu paling murah~

Dhiya Fariza said...

yang atas sekali berapa harga. serious nak.

hyemynameisrasyid said...

@Dhiya Fariza:
hehe.,atas tu x jual la.,champion pye lorh.,hehe~

selalu ada perasaan ada rasa said...

beli rumah lg bgs..:)

hyemynameisrasyid said...

@sapar:
tau xpe.,xpon buat pegi umrah.,ada pekdah gak.,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...