Wednesday, October 17, 2012

Alahai~ 5 perkara yang boleh membawa wanita ke syurga


Golongan wanita ni merupakan antara golongan yang senang untuk masuk ke syurga, dan senang jugak untuk masuk neraka. Untuk kali ni, aku cover macam mana yang dikatakan seseorang wanita itu diberi ganjaran syurga oleh Allah. 

Okay, berikut ada beberapa perkara yang boleh membawa seseorang wanita itu kpd keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. 

1. Melaksanakan kewajipan agama. 
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): "Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga."

2. Mentaati suami. 
Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): "Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu(suami) melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya."

3. Selalu mengingati Allah. 
Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): "Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah."

4. Solat malam. 
Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): "Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah."

5. Berbuat baik dan banyak bersedekah. 
Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): "Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka."


Sekian, salah silap harap dpt dibetulkan. Yang baik itu dari Allah dan yang lemah-lemah itu datang dari aku sendiri, wallahualam~

p/s: Seindah hiasan adalah wanita solehah~

Klik 'Like' untuk share info ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...