Tuesday, May 24, 2011

Alahai~ Agama ISLAM dan RASULULLAH dicaci.(orang islam patut ambil tahu)


Tadi sorang member aku ada share satu link website kat aku. Dia suruh aku tengok dan baca website tu. 
Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara nama websitenya. OK, then 1st entry yg aku baca kat website tu sudah cukup untuk membuat darah aku menyirap, mendidih serta membuak-buak. Ikutkan hati aku memang aku nak je tombok muka pengarang web tu sampai mati, or hempuk kepala dia dengan lycoming t53(berat kot). Biar padan dengan muka dia.

Sebenarnya, website tu direka or dikarang khas untuk menghina agama ISLAM dan menghina RASULULLAH SAW. Itu yang menyebabkan perasaan marah, geram bercampur sedih apabila aku tengok gambar-gambar yang di edit oleh pengarang tu. Korang cuba tengok ni:


Gambar ni di petik dari facebook dia. Termasuk la status dan gambar-gambar dia yang semuanya berbentuk penghinaan terhadap Islam dan Rasulullah.










-Gambar dari keratan akhbar, tahniah la makcik bangang sebab ko dah berjaya dapat publisiti yang ko nak-

-dan dua yang bawah ni di edit menggunakan photoshop-

korang boleh tengok website dia kat sini: Makcik Gilo!


Aku pon tak tau apa masalah sebenar dia ni dan mengikut kajian or pendapat aku, ada beberapa kebarangkalian tentang makcik ni iaitu:
  1. Dia ni bukan makcik, sebab kalau perhati kan hasil-hasil edit dia melalui photoshop, hmm, seorang makcik agak mustahil la utk edit tahap macam tu.
  2. Aku rasa dia ni bukan orang ISLAM. Maksud aku, dia beragama lain dan sememangnya dia tahu pasal ISLAM. 
  3. Ataupon dia seorang yang MURTAD(spesis lina joy). Bila dah keluar dari ISLAM, dia buruk-buruk kan ISLAM dan sengaja hina-hina ISLAM bagi tujuan membangkit kan kemarahan umat ISLAM yang lain.

Page dia ni terlalu menyentuh sensitiviti umat ISLAM. Tak cukup dengan membuat tohmahan bukan - bukan,bubuh gambar yang menjatuhkan air muka umat ISLAM dan senang - senang je memputar belitkan hadis - hadis dan ayat - ayat suci Al - Quran. Page ini baru sebulan dibuat ( 27 / 4 / 2011) jadi tidak ramai yang tahu. 

So, kepada korang, harap kita sama - sama protes page ini kerana ini adalah MELAMPAU BATAS!! jadi bila korang baca komen - komen dan hasil tulisan dia , janganlah maki - maki pula sebaiknya kita berdoa agar dia kembali kepada ke pangkal jalan dan mendapat hidayah daripada Allah SWT supaya bertaubat. Ingat, Baginda Rasulullah dulu pon dicaci, dihina dan diancam dengan pelbagai cara, namun baginda tak pernah berdendam malah membalas perbuatan tu semua dengan perkara-perkara yang baik dan doa supaya orang yang membuatnya sedemikian mendapat hidayah ALLAH. 
Subhanallah~

credit to WEEN for this info. Kepada anda yang mahu berkongsi info, bolehlah anta info tersebut ke page Alahai~ on facebook. Sharing is caring..

p/s: bersama kita menghindar diri dari perkara-perkara mungkar. Yang baik datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kelemahan aku.

3 comments:

burhan al-hilmi said...

jangan dilayan orang2 mcm ini..
mungkin dah terlalu bosan dgn hidup, bende bodoh je la yg mmpu dibuat..

hyemynameisrasyid said...

@burhan al hilmi
tu la.,xlyan pon dia menjadi.,layan pon dia lagi menjadi-jadi..

Nur Zaheera said...

nauzubillah minzalik. kita ta boleh layan, tapi kita kena and mesti marah. tapi marah sebagai umat Islam mesti beradab and berpandukan Allah. bukan marah buta je.

thanks for the info.

p/s : aku pon rasa dia spesies lina joy.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...