Monday, October 1, 2012

Alahai~ Bagaimana pekerjaan yang halal boleh dapat dosa?


Pernah tak korang berjalan-jalan dan terserempak dengan pompuan yang memakai pakaian yang menjolok mata a.k.a seksi??.. kompom penah kan. Dan jujur la aku cakap, mmg insan biasa macam aku yang iman tak berapa kuat ni, bergelora jgk la rasanya. 

Mana tak nya, pakaian dedah sana dedah sini. Ada jugak yang berpakaian ketat hingga nampak susuk tubuh. Ada juga yang pakai labuh tetapi nipis. Semua ni dah jadi macam normal kat Malaysia skarang ni. 

Tapi, apa kene mengena pakaian yang menjolok mata ni dengan tajuk entry ni?


Okeh, pakaian tersebut sudah tentu dibuat or direka oleh seseorang yang dipanggil orang 'Tukang Jahit'. Dan semua orang tahu pekerjaan sebagai tukang jahit ni adalah halal.  

Kita berbalik kepada topik di atas 'bagaimana kerja yang halal pada asalnya boleh bertukar menjadi haram'

Dalam Islam ni, formulanya cukup senang: 

'Pada setiap perkara yang haram maka apa-apa sahaja yang membawa kepadanya dan apa-apa sahaja hasilnya selepas itu hukumnya tetap haram'. 
 So, kerjaya sebagai tukang jahit jugak tidak terlepas daripadanya. Apabila seseorang tukang jahit tu menerima tempahan dan didapatinya pakaian yang ditempah tadi menepati ciri-ciri yang diharamkan oleh oleh Islam dan dia juga tahu pakaian itu akan dipakai di hadapan orang yg bukan mahramnya sewajarnyalah ia menolak tempahan tersebut. Kerana kalau dia(si tukang jahit) menerima tempahan tu, dikuatiri dia jugak akan menanggung dosa bila orang tersebut memakainya. 
 Maka bayangkanlah kalau si pemakai tu pakai pakaian yang menggoda yang dijahit oleh si tukang jahit tadi hingga membawa kepada perzinaan? gerenti tukang jahit tersebut pon tak terlepas dari soal jawab Allah di Padang Mahsyar kelak. Wallahualam.

p/s: just pendapat, salah silap harap diberi teguran. 

Klik "Like" untuk share

2 comments:

Nur Zaheera said...

great info. thanks for sharing :)

ps# aku dah banyak kali bagi rusman makan, tp dia tetap tak membesar.

hyemynameisrasyid said...

@zaza:
ur welcome.,
haha.,rusman ni mmg.,makan kuat.,aku igt nak letgo dia la.,cari owner yang lebih penyayang~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...