Friday, April 29, 2011

Alahai~fesyen tudung zaman sekarang

Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :


"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)


Tudung 'Mickey Mouse'

Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.


Tudung Lilit

Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

Tudung 'See Through'

Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

Tudung Jambul

Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta. (Cara Pemakaian Ini Sering Digunakan Di Kalangan Isteri Menteri)

Tudung 'Singlet'

Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.



Tudung Saji

Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.



ingat lah wahai kaum hawa. Sesungguh nya antara golongan yang dijanji kan syurga adalah golongan wanita yang menutup aurat ikhlas kerana Allah. Tak rugi apa-apa pun tutup aurat ni. InsyaAllah, sesiapa yang memelihara agama Allah, Dia akan pelihara kita. amin~

p/s: bukak tudung rambut perang.,perang2~

10 comments:

Unknown said...

tudung kini bagaikan fesyen....

hyemynameisrasyid said...

yep.,
sepatut nya kesempurnaan aurat tu lebih diutamakan

Yaya said...

huhu aku x suka tgk perempuan pakai tudung tp bagai tshirt atau baby t...nmpk lengan..motif dorg pakai tudung apa?nak tutup rambut yg da botak ke hahaha serupa tayah pakai tudung la

hyemynameisrasyid said...

@yaya: yup.,same goes to me., sgt xsuka.,mybe diorg igt aurat prempuan jz terletak pada tudung kn.,sama ada didikan agama xcukup atau pon buat2 x cukup.,

Anonymous said...

aku malu lau pkai tdung x ttp dada..mcm nk bg org tgk tuttttt jer...aku yg tgk pn malu...mgkn ade yg xfhm knsep ttp aurat...

syera said...

bagi dorang....tutup rambut pun da ok...sah tido time belajar agama kat skolah dulu=(

hyemynameisrasyid said...

@anon:
em.,ntah la.,mgkin jugak.,
pakai tudung just kerana fesyen barangkali.,

hyemynameisrasyid said...

@syerah:
em.,hehe.,mungkin la.,
pakai tudung sebab cikgu2 kt skolah suruh pakai.,=.='

Unknown said...

saye stuju .... rmai prempuan zmn skarag ni pkai tdung mcm tu . kalu sy la kat tmpt dorg sy rase mcm leher sy trbakar je .. rse mcm lher sy kne cocok2 sbab bukan muhrim sy yg tgok aurat sy .. :(

hyemynameisrasyid said...

@♫♪~ Naurah Nawwarah ~ ♫♪ ;
haa.,betol tu.,kalau cmtu.,sama2 la kita beri teguran yg sesuai supaya perkara cmni dpat diubati dlm masyarakat dan agama kita..insyaAllah.,=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...