Monday, August 13, 2012

Alahai~ Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar


Assalamualaikum., pejam celik pejam celik dah masuk sepuluh malam akhir dah kita berpuasa. Dah makin dekat Aidilfitri dan erti kata lain, Ramadhan kian meninggalkan kita
Allah swt telahpon meletakkan ramadhan sebagai bulan yang sgt mulia dan dalam bulan ini jugak lah terletaknya satu malam yang mana baiknya seperti 1000 malam. Itu lah malam Lailatul Qadar.

 Apa ciri-ciri malam Lailatul Qadar ni?  Jom kita kongsi sama-sama.

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.


Tanda malam qadar ialah :
Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

p/s: Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada Allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan Allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita. InsyaAllah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...