Assalamualaikum,. sebulan lebih aku tak update blog ni. Sibuk dengan hal peribadi sket(alasan standet).. haha, sebenarnya aku punya laptop rosak, banyak main game..ni pon nasib baik la FM bagi aku pinjam laptop dia. Alhamdulillah, dapat la aku update sikit2 kat sini.
Ok, baru-baru ni aku ngan member-member rumah aku yang hensem-hensem tu, kitorang ada terborak pasal Kamal Attartuk ni. Macam-macam la yang kitorang borak dan antara topik paling hot, of kos pasal bumi tak terima dia. Aku pon search info ni lebih detail untuk kongsi ngan pembaca yang tersinggah kat sini.
Let's proceed~
Apa yang Mustafa Kamal Ataturk ni buat masa dia memimpin?
1. Membenarkan perempuan memakai tudung dengan memakai skirt.
2. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
3. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
4. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
5. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
6. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
7. Mengimport para arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikat-nya mereka diarah mengukir patung dan tugunya di seluruh bandar Turki.
8. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
9.Agama Islam juga dibuang sebagai agama rasmi negara.
10.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
11.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
12.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada masjid dijadikan gereja.
13.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
14.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
15.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
16.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
17. Mengganggap dirinya tuhan seperti firaun. Pernah salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Apa balasan dari Allah yang dia terima?
1. Mendapat penyakit kulit hingga ke kaki dan merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Ketika mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) .
Akhirnya, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke muzium Etna Grafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953. Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"
sumber--->; BLOG MENARIK
p/s: balasan Allah itu pasti..
1 comment:
sesungguhnya janji Allah itu benar..
Post a Comment