Hari tu aku tengok ada sorang brader tu solat jemaah maghrib kat surau, dia bawak anak dia yang maybe dalam usia 5-6 bulan camtu. So aku sangat exited nak tau cmne solat sambil kendong bayi ni.
Sebenarnya solat begini boleh dilakukan dalam keadaan darurat, di mana kita takde pilihan lain, sama ada diterima atau tidak solat kita waullahualam. Ye la, yang kita solat hari--hari pun kita tak tau sama ada diterima atau tidak. Kita hanya berusaha apa yg termampu, terpulang kpa NYA utk menilai.. Dan rasanya, kalau solat sebegini terpaksa dilakukan semasa darurat, maka ianya adalah lebih baik dari kita meninggalkan solat.
cara-cara bersolat:
1. Adalah baik sebelum itu, bayi yang mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis.
2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil menggendong bayi.
3. Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir & tidak perlu diletakkan di atas dada. Kerana hukum mengangkat tangan & meletakkannya di atas dada hanyalah sunat.
4. Bacalah apa sahaja yg perlu dibaca dalam keadaan berdiri.
5. Lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.
6. Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu & kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya.
7. Laksanakan seperti itu hingga solat selesai.
Ragu-ragu sama ada sah atau tidak solat?
"Assalamualaikum ustaz, saya seorang surirumah dan mempunyai anak yang masih kecil. Saya ingin bertanya adakah dibolehkan mendukung anak ketika saya sedang solat untuk mengelakkan anak menangis. Jika boleh apakah dalil dan syarat-syaratnya. Terima kasih. "
Jawapan:
"Adalah dibolehkan solat sambil mendukung anak yang masih kecil. Soalan sebegini telah ditanya kepada Syeikh Fauzan dan beliau telah menjawab seperti berikut:
ويجوز حمل الطفل في الصلاة. فقد حمل النبي صلى الله عليه وسلم أمامة بنت ابنته زينب رضي الله عنها وهو يصلي وكان الحسن والحسين رضي الله عنهما يصعدان على ظهره صلى الله عليه وسلم وهو ساجد
Maksudnya: Diharuskan mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Sesungguhnya Nabi saw telah mendukung Umamah binti Zainab r.a dalam keadaan baginda sedang solat. (riwayat Bukhori dan Muslim). Dan adalah Hasan dan Husain memanjat belakang Nabi saw ketikan baginda sedang sujud. (tamat jawaban syeikh Fauzan) "
Syarat yang perlu dipatuhi ialah jangan melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat seperti:
- Pastikan anak itu bersih dari najis. Perkara ini telah disebut oleh Imam an-Nawawi dalam kitab majmuknya.
- Kawal pergerakan. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu').
- Dada sentiasa mengadap kiblat
Abu Qotadah al-Anshari radhiyallahu ‘anhu berkata:
رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَؤُمُّ النَّاسَ وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِي الْعَاصِ وَهِيَ ابْنَةُ زَيْنَبَ بِنْتِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عَاتِقِهِ فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنْ السُّجُودِ أَعَادَهَا
“Aku melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengimami solat orang ramai sambil mendukung Umamah binti Abu al-‘Ash di atas tengkuk (atau bahu) beliau, dan ia adalah bayi perempuan Zainab binti Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Apabila beliau rukuk maka beliau meletakkan bayi itu, dan apabila beliau bangun dari sujud beliau mengembalikannya (di tempat asal ia didukung).” (Hadis Riwayat Muslim, no. 845)
Rujukan: 1. Fatwa Syeikh Fauzan 2. http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=199160 Disediakan oleh: Ustaz Ahmad Zainal Abidin, Setiausaha MUIS
p/s: aku bukan ustaz, aku cuma share apa2 yang aku baca dari internet. Dakwah itu satu kewajipan. salah silap harap maaf
6 comments:
ISLAM tu mudah :)
berguna nie di hari kemudian hee ^__^
wanita itu tinggi darjatnya.. :)
hi rased, fakhri n zaza :)
@eyla: yezza.,mudah lagi dipermudahkan.,
@sakurasue :
yup.,one day u gonna be a mother.,
@ala:
dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah.,
hi azrol~
Post a Comment