Saturday, March 17, 2012

Alahai~ Apa istimewanya negeri kelahiran korang?

fakta-fakta menarik tentang negeri-negeri di Malaysia

SARAWAK – Sarawak adalah negeri pertama di negara ini membangunkan perkhidmatan Wi-Fi dan liputan jalur lebar secara komprehensif.

SABAH - Kampus negeri UiTM yang pertama di Malaysia adalah di Sabah pada tahun 1973.

PERLIS – Mangga Harum Manis hanya terdapat di Perlis sahaja. Rasanya memang sedap, tapi harganya pun sedap, tiap-tiap tahun meningkat. 

KUALA LUMPUR – Termasuk dalam senarai “Top 10 Asia’s Best Cities” yg merupakan salah satu bandar yang terbaik di Asia pada tahun 1990.

KEDAH – Negeri yang pertama mempunyai Perkhidmatan Haiwan (veterinar).

JOHOR – Pelabuhan Tanjung Pelepas merupakan pelabuhan kontena terbesar di Malaysia dan merupakan salah satu daripada tujuh pelabuhan di dunia yang dipilih oleh syarikat Maersk (syarikat perkapalan kontena terbesar dunia) bagi menjalankan perkhidmatan ‘ Daily Maersk’.

PERAK – kereta pertama, keretapi pertama, kapal korek pertama semuanya bermula di negeri Perak.(bangga teman yop)

TERENGGANU – Merupakan negeri pertama menerima agama Islam di Tanah Melayu.

KELANTAN – Negeri pertama Mengeluarkan mata wang syariah iaitu wang emas dinar dan perak dirham.

NEGERI SEMBILAN – Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Agong Malaysia yg pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad yang memerintah pada 1957-1960.(admin zaza dari n9)

MELAKA - Universiti swasta pertama di Malaysia iaitu Universiti Telekom(UNITELE) yang ditubuhkan oleh Telekom Malaysia pada tahun 1993.(admin fakhri dari mlake)

PULAU PINANG – Asam Laksa, makanan tradisi Penang pada kedudukan ke-7 daripada 50 makan terbaik dunia.

PAHANG – Cameron Highlands, kawasan tanah tinggi yg paling menarik di Malaysia dan merupakan pembekal utama bagi kekacang dan sayur-sayuran kepada Malaysia dan Singapura.

Selangor – Penubuhan pasukan bomba (sukarela) yang pertama di Malaysia adalah di Selangor pada tahun 1883.
p/s: we are malaysian and i am proud with that~
mood: patriotik yang benci politik~


4 comments:

lockhart said...

awesomest info ever!! saya asal sarawak...^^,
tq for sharing

Terbang Bersamaku said...

suka entry nie! sy orang johor...dan syb syg negeri sy nie...=)

hyemynameisrasyid said...

@ lockhart:
hehe..oh.,org srawak rupanya

hyemynameisrasyid said...

@Terbang Bersamaku:
ouh.,org JB.,em.,not bad.,hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...