Wednesday, January 11, 2012

Alahai~ Zombie memang wujud


Costas J. Efthimiou, sorang ahli fizik di University of Central Florida telah mengkaji kisah kematian Wilfred Doricent pada tahun 2006. Wilfred Doricent adalah mayat remaja yang dikuburkan di Haiti. Beliau dipercayai muncul semula ke kampungnya selepas setahun dari tarikh kematian dengan gaya seperti seorang zombie yang mengerikan.


Camne pon, kes kematian mamat ni dianggap berpunca dari keracunan. Yups, ada kemungkinan Wilfred Efthimiou ni telah makan ikan puffer yang mampu membuatkan seseorang itu seakan-akan mati walaupun masih hidup pada hakikatnya. Remaja tu telah dikuburkan dalam keadaannya masih hidup~
Menurut DR Costas J. Efthimiou, Wilfred menderita kekurangan oksigen di dalam kuburnya yang menyebabkan otaknya rosak. Setelah penyakit keracunan menjadi reda, Wilfred terbangun dan keluar dari kuburnya then trus pulang ke rumah.

Dr Roger Mallory, sorang ahli saraf di Haiti melakukan scan MRI terhadap otak Wilfred. Beliau berpendapat bahawa otak Wilfred rosak akibat kekurangan oksigen. Berdasarkan kisah ini, ia menunjukkan kejadian zombi yang di rasakan benar kewujudannya hanyalah terjadi akibat dari keracunan makanan.
-ni la mamat zombie tu-

p/s: same le macam kisah zombi yang berlaku kat sebuah kampung di perak tu,. kampung pisang namanya. =)

4 comments:

Ad-Dien said...

ini sahih ke ni...hehe

hyemynameisrasyid said...

@Ad-Dien:
yup.,ini kisah dari artikel luar negara., =)

Nur Zaheera said...

kalau diikutkan, yakjuj dan makjuj digambarkan seperti zombie. sebab dia makan benda hidup, bergerak pantas dan ber gigi tajam.

ps : betulkan mana yang slh. btw, info yang bernas. keep it up and welcome back to miat.

hyemynameisrasyid said...

@zaza:
ek.,setahu aku,. yakjud dam makjud mcm binatang.,=)
hehe.,xnk la blik miat.,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...