Wednesday, February 1, 2012

Alahai~ Kapal terbang kertas paling lama di udara

TOKYO - Sorang mamat engineer Jepun, Takuo Toda dah pun cipta rekod dunia apabila kapal terbang yang beliau buat daripada satu helaian kertas rekaannya berjaya bergerak di udara bagi tempoh yang lama.



Mamat ni jugak merupakan pengamal seni lipatan kertas atau senang paham, origami la,  melakukan 10 cubaan menerbangkan kapal terbang kertas itu yang sepanjang 10 sentimeter. Kapal terbang kertasnya itu berada di udara selama 26. 1 saat. Lama tu bro. Dan catatan tersebut adalah yang terbaik bagi kapal terbang yang dihasilkan dengan satu helaian kertas.Sebelum ni dia penah mencipta rekod 27.9 saat bagi kapal terbang kertas yang memiliki pita pelekat.
Percubaan memecah rekod dunia kapal terbang kertas itu dilakukan di sebuah hangar syarikat penerbangan Japan Airlines berhampiran Lapangan Terbang Haneda di sini. Toda memberitahu, rahsia kejayaannya ialah menghalakan kapal terbang kertas itu ke arah atas dan bukannya ke hadapan.(bunyi macam mudah je) -,-'

2 comments:

Sya_Merpati Putih 88 said...

dulu mase kecik-kecik suka buat kapal terbang kertas..sekarang dah tak reti..huhu..

hyemynameisrasyid said...

@flying with me:
hehe.,sapa bleh buat kapal trbang kertas yg paling jauh terbang tu legend la.,hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...