Monday, January 24, 2011

Alahai~ suratan atau kebetulan

Satu penemuan yang menakjubkan mengenai kehebatan
Al Quran.Fakta ini ditemui oleh Dr Zaghlul Najjar, seorang
ulamak Mesir yang bijak di bidang sains, pernah mengajar di Amerika.
Kini bertugas di Saudi. Ramai saintis Barat telah menganut Islam
hasil dakwah beliau yang menggabungkan fakta sains yang bertepatan
dengan Al Quran. Kajian-kajian beliau seiring dengan Syeikh Abdul
Majid Zandani, Yaman.

Penemuan terbaru beliau ialah berkaitan tragedi 11 September
di WTC New York. Di dalam al Quran terdapat ayat
yang seolah-olah telah memberi isyarat awal mengenai kejadian ini
(sedangkan al Quran diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu).
Fakta tragedi tersebut ialah seperti berikut:

Ketinggian bangunan WTC: 110 tingkat
Tarikh kejadian: 11 haribulan
Bulan: 9
Tahun: 2001


Fakta yang terdapat di dalam
al Quran:

Ketika
Allah menempelak golongan yang membina masjid Dhirar,
beberapa ayat telah diturunkan. Antaranya ialah ayat yang menceritakan
bahawa musuh-musuh Islam sentiasa membina bangunan tinggi dan
bangunan itu akhirnya menjadi punca kegelisahan Mereka sendiri sehingga
digambarkan bahawa hati mereka seolah-olah dikerat-kerat dan dipotong.
Ayat berkenaan ialah ayat 110 surah At Taubah (Al Bara'ah).
Maka faktanya lebih kurang sama dengan kejadian
11 September:

Ayat yang ke : 110 (Bangunan WTC 110 tingkat)
Juzuk ke : 11 (Tarikh kejadian 11 haribulan)
Surah ke : 9 (kejadian berlaku dalam bulan 9)
Huruf terakhir adalah huruf yang ke : 2001
(kejadian berlaku dalam tahun 2001)

Ini adalah satu
perbandingan yang tepat. Tetapi sejauh mana maksud
Allah Taala di dalam ayat ini bertepatan dengan kejadian di Amerika
itu tidaklah kita ketahui. Cuma oleh kerana ada persamaan fakta dan
persamaan makna ayat, maka kita boleh mengambil iktibar kerana kaedah
ilmu tafsir menyebut:

"Pengajaran daripada sesuatu ayat itu diambil
daripada maknanya yang umum dan bukan
daripada sebab turun ayat yang khusus."

p/s: Allah pencipta sekalian alam, Subhanallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...