Showing posts with label dunia sekarang. Show all posts
Showing posts with label dunia sekarang. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

Alahai~ Kesalahan dalam penggunaan MasyaAllah dan Astaghfirullah


Ramai yang tersalah tafsir tentang penggunaan lafaz seperti MasyaAllah, Astaghfirullahhal’azim , SubhanAllah, Nauzubillah dan sebagainya. Dalam TV pon banyak yang aku tengok camtu, mungkin pembuat skrip, pembuat filem or pelakon terlepas pandang tentang perkara ni.

Baik lah, sama-sama kita belajar dan saling tegur menegur membetulkan antara satu sama lain. InsyaAllah..

Thursday, October 4, 2012

Alahai~ Fakta menarik sepanjang kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad


Bawah ni ada beberapa fakt tentang Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang kepimpinan beliau. 
Bukan untuk BERPOLITIK, tapi ingin menyampaikan dan menginggatkan kembali kepada kita tentang apa yang munkin kita sendiri tidak sedar ianya berlaku. 
Renung-renungkanlah~

Wednesday, October 3, 2012

Alahai~ Ditikam ketika kejut suami untuk solat subuh


Seorang isteri terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh. Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park kira-kira jam 6 pagi dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang. 

Tuesday, October 2, 2012

Alahai~ Presiden paling miskin di dunia


Presiden or perdana menteri ni selalunya di kaitkan dengan kekayaan. Mana tak nya, gaji diorang pon boleh tahan besarnya. Rumah best, kereta best. Ada pulak tu yang Isteri pon best. hehe~
Tapi ada sorang presiden ni, tak se kaya presiden-presiden masa kini.
Kenapa? 

Saturday, September 29, 2012

Alahai~ Wanita pijak kucing dan arnab sampai mati



What is wrong with this people?
Aku taknak letak video dia sebab aku sendiri pon tak sanggup nak tengok. Sayu..
Mungkin perempuan ni ada masalah mental agaknya. Kalau tak, tak kan la dia sanggup buat macam gini. Keras betol hati dia.

Sunday, September 9, 2012

Alahai~ Burger Daging Ular


Dalam hidup aku, burger yang paling rare sekali aku pernah cuba, burger rusa. Time tu aku dok kat subang. Pergh, memang sedap. Tiptop.

Tapi ni ada satu lagi burger yang sangat-sangat rare iaitu, burger Ular.
Bersama wartawan kami, abdul hassan zim"bak la wei" tinjau kaedah pembuatan burger ini,

Saturday, August 11, 2012

Alahai~ Siapa itu Mustafa Kamal Attartuk?


Assalamualaikum,. sebulan lebih aku tak update blog ni. Sibuk dengan hal peribadi sket(alasan standet).. haha, sebenarnya aku punya laptop rosak, banyak main game..ni pon nasib baik la FM bagi aku pinjam laptop dia. Alhamdulillah, dapat la aku update sikit2 kat sini.

Ok, baru-baru ni aku ngan member-member rumah aku yang hensem-hensem tu, kitorang ada terborak pasal Kamal Attartuk ni. Macam-macam la yang kitorang borak dan antara topik paling hot, of kos pasal bumi tak terima dia. Aku pon search info ni lebih detail untuk kongsi ngan pembaca yang tersinggah kat sini.
Let's proceed~

Saturday, March 17, 2012

Alahai~ Jangan mengeluh di Wall facebook

Tahukah korang apa makna Wall (Dinding) ?

Ia bermakna Dinding. Ok, itu korang dah tau..
So, apa salah dengan dinding tu dan apa bahayanya kepada kita orang-orang muslim?
Orait, Siapakah yang membuat Facebook?
  Mark Zuckerberg seorang berbangsa Yahudi. 
Okeh, sekarang, apa plak kaitannya Wall & Yahudi? Kaitan keduanya sangat erat.
Dinding Ratapan....
Di dinding itu diorang(yahudi) menangisi dosa-dosa diorang, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya. Dan ini seakan-akan dinding di yang ada pada Facebook.

Sebenarnya, tanpa kita sedari, kita lebih banyak mengadu masalah di Wall facebook dari pada mengadu kepada ALLAH Subhana Wa Ta’ala, lebih mengutamakan update status daripada solat dan zikir kepada ALLAH Subhana Wa Ta’ala.

Hati-hati semua, dengan menyerupai sesuatu kaum juga boleh menyebabkan kita tergolong dalam golongan tersebut.  Nabi melarang dalam sabdanya:'' Barang siapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dalam golongannya." (HR Abu Dawud, Ahmad)

Oleh sebab tu, jangan jadikan Wall Facebook sebagai tempat menumpahkan segala macam perasaan seperti orang yahudi. Tapi jadikanlah ia sebagai medan membagi ilmu dan nasihat kebaikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Walaupun hanya kepada 1 orang. 
p/s: artikel ni dipetik dari seorang hamba Allah dan ditranslate oleh aku.,nak share? silakan, tak perlu mintak.,thats all.


Tuesday, February 14, 2012

Alahai~ Masak kucing dalam ketuhar

-gambar hiasan-
LONDON: Seorang wanita Britain yang membunuh seekor anak kucing dengan memasukkannya ke dalam gelombang ketuhar kerana membalas dendam, semalam dijatuhi hukuman penjara 168 hari.
Gina Robins, 31, memasukkan haiwan berusia 10 minggu itu ke dalam ketuhar selepas pemiliknya membuat laporan polis terhadap teman lelakinya.

Sunday, February 12, 2012

Alahai~ Persembahan Shuffle gantikan Silat di majlis kenduri kahwin


Silat. Satu seni mempertahankan diri masyarakat melayu yang dah sekian lama dipraktikkan sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi. hari semakin hari, silat kian kurang diguna pakai dalam kehidupan seharian masyarakat kita. Ye la, dah moden kan. Nak pertahankan diri dah ada pistol or lain2 senjata moden, nak bergaduh dah ada helmet(rempit,hehe). So, memang silat ni just di blaja bagi tujuan memupuk keyakinan diri dan bagi mengelakkan dari seni mempertahankan diri agung masyarakat kita dahulu kala ditelan lenyap dek peredaran zaman yang berteknologi serba canggih.(pergh, intro ala-ala zaman karangan SPM dulu kot)

Saturday, February 11, 2012

Alahai~ Cara mamat Africa perdaya gadis-gadis untuk dijadikan keldai dadah(video)


Well, seperti yang kita sedia maklum, warga Africa ni memang suka buat sindiket-sindiket penipuan yang melibat kan wanita-wanita melayu. Diorang ni pandai mengayat agaknya dan yang pelik, what is wrong with our malay girl yang terpedaya ngan diorang.,haish, aku pun pelik. Nak kata diorang kacak...hmmm, no komen,. 

Wanita yang diorang target ialah wanita Asia Melayu kerana mereka-mereka ni lemah dan mudah tergoda. Ini adalah video dokumentari dari Singapura yang aku jumpa kat youtube. Dokumentari ni tunjuk bagaimana step-step diorang tipu perempuan-perempuan Asia
Lets check it out~

Alahai~ Pembunuhan Junko Furuta yang kejam


Sapa yang tau pasal Junko Furuta?

~~bunyik cengkerik~~

Kisah dia berlaku pada November tahun 1988, Junko ni sorang pelajar kolej, then diculik oleh empat orang pemuda dan dikurung selama 44 hari di rumah ibu bapa salah sorang daripada empat pemuda tu. Salah sorang daripada diorang memaksa Furuta or Junko ni berbohong kepada parent mereka bahawa yang Furuta melarikan diri dari rumah dan menumpang dirumah itu dengan alasan lebih selamat. Selain tu jugak, dia juga dipaksa yang dia adalah teman wanita salah seorang daripada yang menculik beliau.

OK, jom kita saksikan rentetan penyiksaan yang Furuta hadapi sepanjang 44hari.

Thursday, February 9, 2012

Alahai~ Bermulanya era kebangkitan Islam


Tahun 2001-2010 sebanyak 6 ribu penduduk Britain telah memeluk Islam setengah daripada jumlah tersebut adalah wanita.

Tahun 2011 sebanyak 5200 orang.

Perkembangan Islam di Britain adalah disebabkan budaya hidup Islam yang memberi kebahagiaan dalam kehidupan keluarga serta dengan memeluk Islam mereka berjaya meninggalkan tabiat tidak baik.

Wednesday, February 1, 2012

Alahai~ Kapal terbang kertas paling lama di udara

TOKYO - Sorang mamat engineer Jepun, Takuo Toda dah pun cipta rekod dunia apabila kapal terbang yang beliau buat daripada satu helaian kertas rekaannya berjaya bergerak di udara bagi tempoh yang lama.

Alahai~ Manusia Diibaratkan kerbau?


Sekiranya syaitan diibaratkan singa, kerana sifatnya membaham mangsa,
Manusia pula diibaratkan kerbau kerana menjadi mangsa,
Kerbau selamat sekiranya bersama kekawanan kerana singa juga
ada sifat takutnya...
Manusia pula selamat sekiranya berjamaah kerana syaitan takut kepada Tuhannya, hati-hati manusia dalam jamaah menjadi satu, menegakkan kesatuan Ilahi...

Malangnya seekor kerbau sekiranya dia terpisah dari kekawanannya...
Kerana dia terdedah kepada pemangsanya kekawanan singa...
Malangnya dia kerana mudah dibaham singa yang lapar lagi dahaga.
Individu manusia sekiranya tidak berjamaah atau terpisah dari jamaah ataupun
sengaja dipisahkan,
Betapa malangnya dia, kerana dia terdedah dengan kekawanan syaitan yang memang
sentiasa mencari mangsanya...jadilah dia,
Individu malang di baham syaitan!

p/s: credit to CikguPJ

Tuesday, January 31, 2012

Alahai~ Kubur digali selepas sejam dikebumikan



Rasulullah senantiasa berdoa agar umatnya dijauhi dari azab kubur. Dalam Zikir Al-matsurat kita akan membaca satu doa "ya Allah lindungi dan jauhilah kami dari azab kubur." Kisah yang saya paparkan di bawah ini mungkin boleh menjadi renungan dan iktibar bagi kita yang hidup kerana bagi Allah swt tidak ada yang paling mulia pada sisi-Nya melainkan orang yg bertaqwa.

Seorang pengurus jenazah telah memandikan mayat seorang Melayu. Beliau terperanjat apabila mendapati tatoo berbentuk salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan mayat tersebut dikafan, disembahyangkan dan di kebumikan spt mana mayat seorang muslim.

Sunday, January 15, 2012

Alahai~ Wanita berjanggut paling panjang di dunia


Memang pelik kalau seseorang tu mempunyai sesuatu yg ada pada kaum jantina lawannya.(fahamkan maksud aku) Tapi itulah yang berlaku kepada Vivian Wheeler yang berusia 62 tahun berasal dari Bakersfield, California. Makcik ni ada janggut sedangkan dia makcik, i meant perempuan. 

Tuesday, January 3, 2012

Alahai~ Tanda-tanda kiamat yang dah pon muncul.


Disaat kita semua berada dalam lena yg panjang, lalai dan hanyut dengan perkara-perkara duniawi,. ketika itulah kiamat akan datang, dan ramai kalangan kita yang kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga tak tahu apa yg sedang berlaku.  So, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir. InsyaAllah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...