Showing posts with label tuntut ilmu sampai ke liang lahat. Show all posts
Showing posts with label tuntut ilmu sampai ke liang lahat. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

Alahai~ Sunnah Rasulullah ketika makan

Rasulullah SAW pernah bersabda : "Barangsiapa yang mengikut sunnahku, bererti dia cinta kepadaku... Dan barangsiapa yang cinta kepadaku, maka akan masuk syurga bersamaku...". 

 Lihatlah betapa sayangnya Rasulullah denga umatnya sehingga mengatakan sapa-sapa yang ikut sunnahnya akan menyertai Baginda di syurga...

Jom kita tengok 10 sunnah baginda ketika makan yang mudah-mudah yang dapat kita amalkan dalam kehidupan seharian.,

Wednesday, October 17, 2012

Alahai~ Doa bertemu jodoh untuk wanita


Berdoalah dgn konsisten dan ikhlas, dengan sebab pasangan tu dijodohkan oleh mak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui pesbuk atau walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya dah ditentukan oleh Allah dan setiap ketentuannya itu adalah yang terbaik untuk kita. 

Aku yakin dgn cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. 

Alahai~ Bau kasturi tidak hilang pada badan


Aku terjumpa satu kisah yang sangat menarik. Copy paste kat sini.. Tak rugi pon kalau baca.

Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan. Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. 

Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih.. Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut. 

Alahai~ Kesalahan dalam penggunaan MasyaAllah dan Astaghfirullah


Ramai yang tersalah tafsir tentang penggunaan lafaz seperti MasyaAllah, Astaghfirullahhal’azim , SubhanAllah, Nauzubillah dan sebagainya. Dalam TV pon banyak yang aku tengok camtu, mungkin pembuat skrip, pembuat filem or pelakon terlepas pandang tentang perkara ni.

Baik lah, sama-sama kita belajar dan saling tegur menegur membetulkan antara satu sama lain. InsyaAllah..

Alahai~ 5 perkara yang boleh membawa wanita ke syurga


Golongan wanita ni merupakan antara golongan yang senang untuk masuk ke syurga, dan senang jugak untuk masuk neraka. Untuk kali ni, aku cover macam mana yang dikatakan seseorang wanita itu diberi ganjaran syurga oleh Allah. 

Okay, berikut ada beberapa perkara yang boleh membawa seseorang wanita itu kpd keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. 

Monday, October 1, 2012

Alahai~ Bagaimana pekerjaan yang halal boleh dapat dosa?


Pernah tak korang berjalan-jalan dan terserempak dengan pompuan yang memakai pakaian yang menjolok mata a.k.a seksi??.. kompom penah kan. Dan jujur la aku cakap, mmg insan biasa macam aku yang iman tak berapa kuat ni, bergelora jgk la rasanya. 

Mana tak nya, pakaian dedah sana dedah sini. Ada jugak yang berpakaian ketat hingga nampak susuk tubuh. Ada juga yang pakai labuh tetapi nipis. Semua ni dah jadi macam normal kat Malaysia skarang ni. 

Tapi, apa kene mengena pakaian yang menjolok mata ni dengan tajuk entry ni?

Monday, August 13, 2012

Alahai~ Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar


Assalamualaikum., pejam celik pejam celik dah masuk sepuluh malam akhir dah kita berpuasa. Dah makin dekat Aidilfitri dan erti kata lain, Ramadhan kian meninggalkan kita
Allah swt telahpon meletakkan ramadhan sebagai bulan yang sgt mulia dan dalam bulan ini jugak lah terletaknya satu malam yang mana baiknya seperti 1000 malam. Itu lah malam Lailatul Qadar.

 Apa ciri-ciri malam Lailatul Qadar ni?  Jom kita kongsi sama-sama.

Saturday, August 11, 2012

Alahai~ Apa itu nikah gantung?

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan. Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya. Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Jom kita fahami lagi tentang nikah gantung ni,,....

Thursday, June 14, 2012

Alahai~ Cara solat sambil mengendong bayi


Hari tu aku tengok ada sorang brader tu solat jemaah maghrib kat surau, dia bawak anak dia yang maybe dalam usia 5-6 bulan camtu. So aku sangat exited nak tau cmne solat sambil kendong bayi ni. 

Sebenarnya solat begini boleh dilakukan dalam keadaan darurat, di mana kita takde pilihan lain, sama ada diterima atau tidak solat kita waullahualam. Ye la, yang kita solat hari--hari pun kita tak tau sama ada diterima atau tidak. Kita hanya berusaha apa yg termampu, terpulang kpa NYA utk menilai.. Dan rasanya, kalau solat sebegini terpaksa dilakukan semasa darurat, maka ianya adalah lebih baik dari kita meninggalkan solat.

Alahai~ Umat Islam sembah kaabah ke?


Apa yang korang akan jawab kalau ada orang bukan Islam tanya.,
"U orang muslim sembah Kaabah ek?"

kat sini aku share satu perbualan bagaimana utk menjawab pertanyaan-pertanyaan mcm tu..
jom baca~

Alahai~ Fakta sains tentang Kaabah


Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. 
Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang mungkin ramai tak tahu. So, aku copy paste dari internet, share kat sini..

Friday, May 4, 2012

Alahai~ Rahsia penafasan

breathing-techniques

Lama jugak aku tak update blog ni, sampai bila masa diorang(blogger.com) tukar interface baru ni pon tak tau. Agak tergagau-gagau cam jugak la aku nak faham new look dashboard nih. hadoi.

Orait, aku bosan, so, aku nak share info nih, pasal penafasan kita. Macam mana dengan cara pengawalan or control penafasan dapat membantu kita mengurangkan keletihan badan dan mengurangkan masalah pening-pening.

Friday, April 13, 2012

Alahai~ Kenapa Muslimah wajib tutup aurat?


Pernah terjadi suatu kisah yang menceritakan tentang seorang gadis bukan Islam yang sangat terpikat dan mengagumi Islam. Dia juga sudah boleh memahami dan menerima segala-galanya tentang Islam kecuali satu perkara.

Mengapa wanita Islam mesti menutup aurat terutama memakai tudung?

Sudah banyak orang yang ditanya oleh gadis itu termasuk ustaz-ustaz dan orang Islam lainnya. Namun dia masih belum dapat berpuas hati dengan jawapan-jawapan mereka semua.

Wednesday, March 21, 2012

Alahai~ Keajaiban air zam zam.(must see this video guys)

Air zam zam. Air yang femes lagi banyak terkandung khasiat nya. Ini dah pon dibuktikan bukan saje oleh saintis-saintis Islam, malah saintis bukan Islam.

Air zam zam ni sebenarnya boleh dijadikan ejen dioksida or bahasa mudah paham, untuk buang kandungan oksida dalam badan kita. 

Lets check out this video yang aku terjumpa kat Youtube tadi.

Saturday, March 17, 2012

Alahai~ Jangan mengeluh di Wall facebook

Tahukah korang apa makna Wall (Dinding) ?

Ia bermakna Dinding. Ok, itu korang dah tau..
So, apa salah dengan dinding tu dan apa bahayanya kepada kita orang-orang muslim?
Orait, Siapakah yang membuat Facebook?
  Mark Zuckerberg seorang berbangsa Yahudi. 
Okeh, sekarang, apa plak kaitannya Wall & Yahudi? Kaitan keduanya sangat erat.
Dinding Ratapan....
Di dinding itu diorang(yahudi) menangisi dosa-dosa diorang, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya. Dan ini seakan-akan dinding di yang ada pada Facebook.

Sebenarnya, tanpa kita sedari, kita lebih banyak mengadu masalah di Wall facebook dari pada mengadu kepada ALLAH Subhana Wa Ta’ala, lebih mengutamakan update status daripada solat dan zikir kepada ALLAH Subhana Wa Ta’ala.

Hati-hati semua, dengan menyerupai sesuatu kaum juga boleh menyebabkan kita tergolong dalam golongan tersebut.  Nabi melarang dalam sabdanya:'' Barang siapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dalam golongannya." (HR Abu Dawud, Ahmad)

Oleh sebab tu, jangan jadikan Wall Facebook sebagai tempat menumpahkan segala macam perasaan seperti orang yahudi. Tapi jadikanlah ia sebagai medan membagi ilmu dan nasihat kebaikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Walaupun hanya kepada 1 orang. 
p/s: artikel ni dipetik dari seorang hamba Allah dan ditranslate oleh aku.,nak share? silakan, tak perlu mintak.,thats all.


Saturday, February 25, 2012

Alahai~ Kelebihan surah ad-Dhuha

Surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, ditinggalkan dan dibenci. Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Allah SWT telah membenci dan meninggalkan baginda SAW.

Allah SWT dengan bahasa lembut menyejukkan jiwa Nabi SAW, bahawa Dia tidak tinggal dan bencikan Nabi SAW. Bagi mereka yang merasakan diri disisihkan manusia, hakikatnya,Allah tidak biarkan mereka kesepian. Dia sentiasa bersama, lalu, Dia pujuk jiwa yang disisihkan itu dengan jaminan bahawa hari esok adalah cerah dan lebih baik dari hari ini.
Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu.

Monday, February 13, 2012

Alahai~ Maksud doa duduk antara Sujud


Selalunya kita akan baca doa duduk antara Sujud laju2..kan? Tapi, tahukah kita akan maksudnya??

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Sebarkan dengan kepada rakan rakan yang lain.:) Mudah mudahan diberkati dan dikurniakan Pahala oleh Allah s.w.t
INSYAALLAH :)


p/s: ramai orang yang solat tapi tak tahu apa maksud bacaan dalam solat tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...