Showing posts with label Aku tak tau apa masalah dia ni. Show all posts
Showing posts with label Aku tak tau apa masalah dia ni. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

Alahai~ Hantu penanggal

Aku jumpa gambar ni dalam blog orang lain. Banyak yang cover cerita pasal ni, aku pon copy je la masuk ke sini. Aku tak teror sangat pasal Hantu-hantu or benda-benda seangkatan dengan nya. Aku pon tak sure sejauh mana kebenaran gambar ni tapi, kalau mekeme nak tengok rupa penanggal, ha ini le ghupenyeee~~~

Wednesday, October 3, 2012

Alahai~ Ditikam ketika kejut suami untuk solat subuh


Seorang isteri terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh. Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park kira-kira jam 6 pagi dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang. 

Saturday, September 29, 2012

Alahai~ Wanita pijak kucing dan arnab sampai mati



What is wrong with this people?
Aku taknak letak video dia sebab aku sendiri pon tak sanggup nak tengok. Sayu..
Mungkin perempuan ni ada masalah mental agaknya. Kalau tak, tak kan la dia sanggup buat macam gini. Keras betol hati dia.

Sunday, September 9, 2012

Alahai~ Burger Daging Ular


Dalam hidup aku, burger yang paling rare sekali aku pernah cuba, burger rusa. Time tu aku dok kat subang. Pergh, memang sedap. Tiptop.

Tapi ni ada satu lagi burger yang sangat-sangat rare iaitu, burger Ular.
Bersama wartawan kami, abdul hassan zim"bak la wei" tinjau kaedah pembuatan burger ini,

Sunday, February 26, 2012

Alahai~ Tebuan paling berbisa di dunia


Tebuan paling berbisa ialah tebuan raksaksa Jepun.(darah samurai kot)
Ia dikenali dengan nama saintifik Vespa Man darinia Japonica. Tebuan ini berupaya menyembur racun yang boleh meleburkan daging korang or sesiapa yang terkena semburan tersebut bakal mengalami kecederaan yang teruk. Sekurang-kurangnya 40 orang di Jepun tu dah meninggal dunia setiap tahun akibat terkena serangan berbisa Tebuan raksaksa nih.

 Menambahkan lagi kengerian adalah ia akan memanggil semua rakannya dari sarang untuk keluar dan terus menyerang musuhnya bertubi-tubi sehingga mangsa itu tak sempat lansung memikirkan untuk menghubungi Pest Sciences or pertahanan awam(kalau kat malaysia) bagi mendapatkan pertolongan. 

Untuk mencari makan Tebuan ini akan menyerang sarang lebah yang dipenuhi oleh 30,000 lebah dewasa bagi mendapatkan makanannya yang berada ditengah-tengah sarang lebah tersebut. Biasanya dia akan memanggil rakannya yang lain sebanyak 30 ekor dan mereka akan menghancurkan serangan 30,000 ekor lebah itu dengan mudah. Pergh,.dasyat~

Tuesday, February 14, 2012

Alahai~ Masak kucing dalam ketuhar

-gambar hiasan-
LONDON: Seorang wanita Britain yang membunuh seekor anak kucing dengan memasukkannya ke dalam gelombang ketuhar kerana membalas dendam, semalam dijatuhi hukuman penjara 168 hari.
Gina Robins, 31, memasukkan haiwan berusia 10 minggu itu ke dalam ketuhar selepas pemiliknya membuat laporan polis terhadap teman lelakinya.

Sunday, February 12, 2012

Alahai~ Persembahan Shuffle gantikan Silat di majlis kenduri kahwin


Silat. Satu seni mempertahankan diri masyarakat melayu yang dah sekian lama dipraktikkan sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi. hari semakin hari, silat kian kurang diguna pakai dalam kehidupan seharian masyarakat kita. Ye la, dah moden kan. Nak pertahankan diri dah ada pistol or lain2 senjata moden, nak bergaduh dah ada helmet(rempit,hehe). So, memang silat ni just di blaja bagi tujuan memupuk keyakinan diri dan bagi mengelakkan dari seni mempertahankan diri agung masyarakat kita dahulu kala ditelan lenyap dek peredaran zaman yang berteknologi serba canggih.(pergh, intro ala-ala zaman karangan SPM dulu kot)

Saturday, February 11, 2012

Alahai~ Pembunuhan Junko Furuta yang kejam


Sapa yang tau pasal Junko Furuta?

~~bunyik cengkerik~~

Kisah dia berlaku pada November tahun 1988, Junko ni sorang pelajar kolej, then diculik oleh empat orang pemuda dan dikurung selama 44 hari di rumah ibu bapa salah sorang daripada empat pemuda tu. Salah sorang daripada diorang memaksa Furuta or Junko ni berbohong kepada parent mereka bahawa yang Furuta melarikan diri dari rumah dan menumpang dirumah itu dengan alasan lebih selamat. Selain tu jugak, dia juga dipaksa yang dia adalah teman wanita salah seorang daripada yang menculik beliau.

OK, jom kita saksikan rentetan penyiksaan yang Furuta hadapi sepanjang 44hari.

Wednesday, February 8, 2012

Alahai~ Ulat Sebesar Ibu Jari Dalam Mata


Seorang lelaki Eropah mengalami sakit mata yang sakit bebenor. First-first tu dia ingat sakit mata dia itu just sakit mata biasa aja. Then, lama kelamaan, sakit mata  tu menjadi parah dan mulai membengkak.

Sunday, January 15, 2012

Alahai~ Wanita berjanggut paling panjang di dunia


Memang pelik kalau seseorang tu mempunyai sesuatu yg ada pada kaum jantina lawannya.(fahamkan maksud aku) Tapi itulah yang berlaku kepada Vivian Wheeler yang berusia 62 tahun berasal dari Bakersfield, California. Makcik ni ada janggut sedangkan dia makcik, i meant perempuan. 

Wednesday, January 11, 2012

Alahai~ Zombie memang wujud


Costas J. Efthimiou, sorang ahli fizik di University of Central Florida telah mengkaji kisah kematian Wilfred Doricent pada tahun 2006. Wilfred Doricent adalah mayat remaja yang dikuburkan di Haiti. Beliau dipercayai muncul semula ke kampungnya selepas setahun dari tarikh kematian dengan gaya seperti seorang zombie yang mengerikan.

Wednesday, January 4, 2012

Alahai~ Misteri imej sorang pompuan guna telefon bimbit pada tahun 1926.(video)


Imej sorang pompuan misteri dalam filem The Circus lakonan pelawak yang terkenal ,  Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila pompuan tu dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya. Preety cool huh?

Kebetulan? atau pompuan tu buat-buat macam dah ada telefon bimbit time tu..
Dalam imej tu, takde sape pun yang berada berhampiran dengannya melainkan sorang lelaki berpakaian sut yang berjalan di depannya.

Tuesday, December 20, 2011

Alahai~ Bosan? Jom chat ngan CleverBot

Okeh kali ini, aku nak tunjuk kat korang satu website pintar yang dihasilkan oleh Rollo Carpenter iaitu Cleverbot. Actually aku pon baru je tahu pasal website nih. Laman web ni menyediakan satu program kecerdasan buatan yang dihasilkan supaya ia dapat berinteraksi dengan manusia secara direct.

Monday, December 19, 2011

Alahai~ Langgar pintu


Kelakar kot.,mamat ni jalan tak tengok depan.,hasih~


p/s: cover-cover...

Alahai~ Panglima nak ludah muka mahasiswa?(in 2 version)


Ni kes politik kat negara kita la ni. Haha!
aku tak ambil tahu sangat apa kes ni, tapi video kat bawah ni memang menarik. 

Alahai~ Cat vs Treadnail


Cat-24 and Treadnail-0
credit- lalala

Alahai~ Anjing yang boleh buat kerja-kerja amah




credit- lalalala

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...