Wednesday, October 17, 2012

Alahai~ Doa bertemu jodoh untuk wanita


Berdoalah dgn konsisten dan ikhlas, dengan sebab pasangan tu dijodohkan oleh mak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui pesbuk atau walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya dah ditentukan oleh Allah dan setiap ketentuannya itu adalah yang terbaik untuk kita. 

Aku yakin dgn cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. 

Alahai~ Bau kasturi tidak hilang pada badan


Aku terjumpa satu kisah yang sangat menarik. Copy paste kat sini.. Tak rugi pon kalau baca.

Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan. Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. 

Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih.. Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut. 

Alahai~ Kesalahan dalam penggunaan MasyaAllah dan Astaghfirullah


Ramai yang tersalah tafsir tentang penggunaan lafaz seperti MasyaAllah, Astaghfirullahhal’azim , SubhanAllah, Nauzubillah dan sebagainya. Dalam TV pon banyak yang aku tengok camtu, mungkin pembuat skrip, pembuat filem or pelakon terlepas pandang tentang perkara ni.

Baik lah, sama-sama kita belajar dan saling tegur menegur membetulkan antara satu sama lain. InsyaAllah..

Alahai~ kompilasi pekerja yang pantas di dunia


Bila kita lakukan sesuatu tu berulang-ulang kali setiap hari, Kompem-kompem akan laju, tepat serta berskill. Sila Lihat video kat bawah ni.

Memang Awesome~

Alahai~ 5 perkara yang boleh membawa wanita ke syurga


Golongan wanita ni merupakan antara golongan yang senang untuk masuk ke syurga, dan senang jugak untuk masuk neraka. Untuk kali ni, aku cover macam mana yang dikatakan seseorang wanita itu diberi ganjaran syurga oleh Allah. 

Okay, berikut ada beberapa perkara yang boleh membawa seseorang wanita itu kpd keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. 

Thursday, October 11, 2012

Alahai~ Hantu penanggal

Aku jumpa gambar ni dalam blog orang lain. Banyak yang cover cerita pasal ni, aku pon copy je la masuk ke sini. Aku tak teror sangat pasal Hantu-hantu or benda-benda seangkatan dengan nya. Aku pon tak sure sejauh mana kebenaran gambar ni tapi, kalau mekeme nak tengok rupa penanggal, ha ini le ghupenyeee~~~

Monday, October 8, 2012

Alahai~ Sunnah baginda Rasulullah ketika sakit



Ini merupakan antara sunnah-sunnah yang dapat kita ikut dari baginda Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW pernah bersabda : 
"Barangsiapa yang mengikut sunnahku, bererti dia cinta kepadaku... Dan barang siapa yang cinta kepadaku, maka akan masuk syurga bersamaku...".
MasyaAllah~

Thursday, October 4, 2012

Alahai~ Fakta menarik sepanjang kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad


Bawah ni ada beberapa fakt tentang Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang kepimpinan beliau. 
Bukan untuk BERPOLITIK, tapi ingin menyampaikan dan menginggatkan kembali kepada kita tentang apa yang munkin kita sendiri tidak sedar ianya berlaku. 
Renung-renungkanlah~

Wednesday, October 3, 2012

Alahai~ Ditikam ketika kejut suami untuk solat subuh


Seorang isteri terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh. Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park kira-kira jam 6 pagi dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang. 

Tuesday, October 2, 2012

Alahai~ Presiden paling miskin di dunia


Presiden or perdana menteri ni selalunya di kaitkan dengan kekayaan. Mana tak nya, gaji diorang pon boleh tahan besarnya. Rumah best, kereta best. Ada pulak tu yang Isteri pon best. hehe~
Tapi ada sorang presiden ni, tak se kaya presiden-presiden masa kini.
Kenapa? 

Monday, October 1, 2012

Alahai~ Bagaimana pekerjaan yang halal boleh dapat dosa?


Pernah tak korang berjalan-jalan dan terserempak dengan pompuan yang memakai pakaian yang menjolok mata a.k.a seksi??.. kompom penah kan. Dan jujur la aku cakap, mmg insan biasa macam aku yang iman tak berapa kuat ni, bergelora jgk la rasanya. 

Mana tak nya, pakaian dedah sana dedah sini. Ada jugak yang berpakaian ketat hingga nampak susuk tubuh. Ada juga yang pakai labuh tetapi nipis. Semua ni dah jadi macam normal kat Malaysia skarang ni. 

Tapi, apa kene mengena pakaian yang menjolok mata ni dengan tajuk entry ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...