Wednesday, March 21, 2012

Alahai~ Keajaiban air zam zam.(must see this video guys)

Air zam zam. Air yang femes lagi banyak terkandung khasiat nya. Ini dah pon dibuktikan bukan saje oleh saintis-saintis Islam, malah saintis bukan Islam.

Air zam zam ni sebenarnya boleh dijadikan ejen dioksida or bahasa mudah paham, untuk buang kandungan oksida dalam badan kita. 

Lets check out this video yang aku terjumpa kat Youtube tadi.

Saturday, March 17, 2012

Alahai~ Jangan mengeluh di Wall facebook

Tahukah korang apa makna Wall (Dinding) ?

Ia bermakna Dinding. Ok, itu korang dah tau..
So, apa salah dengan dinding tu dan apa bahayanya kepada kita orang-orang muslim?
Orait, Siapakah yang membuat Facebook?
  Mark Zuckerberg seorang berbangsa Yahudi. 
Okeh, sekarang, apa plak kaitannya Wall & Yahudi? Kaitan keduanya sangat erat.
Dinding Ratapan....
Di dinding itu diorang(yahudi) menangisi dosa-dosa diorang, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya. Dan ini seakan-akan dinding di yang ada pada Facebook.

Sebenarnya, tanpa kita sedari, kita lebih banyak mengadu masalah di Wall facebook dari pada mengadu kepada ALLAH Subhana Wa Ta’ala, lebih mengutamakan update status daripada solat dan zikir kepada ALLAH Subhana Wa Ta’ala.

Hati-hati semua, dengan menyerupai sesuatu kaum juga boleh menyebabkan kita tergolong dalam golongan tersebut.  Nabi melarang dalam sabdanya:'' Barang siapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dalam golongannya." (HR Abu Dawud, Ahmad)

Oleh sebab tu, jangan jadikan Wall Facebook sebagai tempat menumpahkan segala macam perasaan seperti orang yahudi. Tapi jadikanlah ia sebagai medan membagi ilmu dan nasihat kebaikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Walaupun hanya kepada 1 orang. 
p/s: artikel ni dipetik dari seorang hamba Allah dan ditranslate oleh aku.,nak share? silakan, tak perlu mintak.,thats all.


Alahai~ Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad Umat Nabi Hud AS

Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.

Alahai~ Apa istimewanya negeri kelahiran korang?

fakta-fakta menarik tentang negeri-negeri di Malaysia

SARAWAK – Sarawak adalah negeri pertama di negara ini membangunkan perkhidmatan Wi-Fi dan liputan jalur lebar secara komprehensif.

SABAH - Kampus negeri UiTM yang pertama di Malaysia adalah di Sabah pada tahun 1973.

PERLIS – Mangga Harum Manis hanya terdapat di Perlis sahaja. Rasanya memang sedap, tapi harganya pun sedap, tiap-tiap tahun meningkat. 

KUALA LUMPUR – Termasuk dalam senarai “Top 10 Asia’s Best Cities” yg merupakan salah satu bandar yang terbaik di Asia pada tahun 1990.

KEDAH – Negeri yang pertama mempunyai Perkhidmatan Haiwan (veterinar).

JOHOR – Pelabuhan Tanjung Pelepas merupakan pelabuhan kontena terbesar di Malaysia dan merupakan salah satu daripada tujuh pelabuhan di dunia yang dipilih oleh syarikat Maersk (syarikat perkapalan kontena terbesar dunia) bagi menjalankan perkhidmatan ‘ Daily Maersk’.

PERAK – kereta pertama, keretapi pertama, kapal korek pertama semuanya bermula di negeri Perak.(bangga teman yop)

TERENGGANU – Merupakan negeri pertama menerima agama Islam di Tanah Melayu.

KELANTAN – Negeri pertama Mengeluarkan mata wang syariah iaitu wang emas dinar dan perak dirham.

NEGERI SEMBILAN – Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Agong Malaysia yg pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad yang memerintah pada 1957-1960.(admin zaza dari n9)

MELAKA - Universiti swasta pertama di Malaysia iaitu Universiti Telekom(UNITELE) yang ditubuhkan oleh Telekom Malaysia pada tahun 1993.(admin fakhri dari mlake)

PULAU PINANG – Asam Laksa, makanan tradisi Penang pada kedudukan ke-7 daripada 50 makan terbaik dunia.

PAHANG – Cameron Highlands, kawasan tanah tinggi yg paling menarik di Malaysia dan merupakan pembekal utama bagi kekacang dan sayur-sayuran kepada Malaysia dan Singapura.

Selangor – Penubuhan pasukan bomba (sukarela) yang pertama di Malaysia adalah di Selangor pada tahun 1883.
p/s: we are malaysian and i am proud with that~
mood: patriotik yang benci politik~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...