Rasulullah senantiasa berdoa agar umatnya dijauhi dari azab kubur. Dalam Zikir Al-matsurat kita akan membaca satu doa "ya Allah lindungi dan jauhilah kami dari azab kubur." Kisah yang saya paparkan di bawah ini mungkin boleh menjadi renungan dan iktibar bagi kita yang hidup kerana bagi Allah swt tidak ada yang paling mulia pada sisi-Nya melainkan orang yg bertaqwa.
Seorang pengurus jenazah telah memandikan mayat seorang Melayu. Beliau terperanjat apabila mendapati tatoo berbentuk salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan mayat tersebut dikafan, disembahyangkan dan di kebumikan spt mana mayat seorang muslim.