Tuesday, June 14, 2011

Alahai~ tony Blair pon baca Al-quran


Bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair pernah menyatakan bahawa "we don't do God" kemudiannya mengakui beliau adalah seorang penganut kristian kartolik. Namun hari ini mengakui bahawa beliau sedang mengkaji Kitab suci Al-Quran dan membacanya setiap hari(versi terjemahan).

Menurutnya "saya membaca al-Quran setiap hari untuk saya mengerti apa yang akan terjadi di dunia pada masa kini dan akan datang kerana sifatnya yang instruktif" Ujar Blair dalam wawancara dengan Majalah Observer.

Friday, June 10, 2011

Alahai~ Doa Iftitah dan Doa Qunut


Hari ni aku nak berkongsi dengan korang pasal satu perkara yang dianggap simple tapi sebenarnya sangat-sangat penting, iaitu soal DOA. Yes, DOA. Bukan game DOA tu, tapi DOA, doa kepada yang Esa. Aku bukannya ustaz or orang yg arif bab-bab agama ni tapi just nak berkongsi sket la supaya yang terasa tu dapat " SHIFTING THE PARADIGMS TOWARDS BETTER SOUL" 

Ramai orang memandang remeh tentang doa ni terutamanya doa QUNUT dan doa IFTITAH. Tak keterlaluan aku cakap yang ramai orang-orang kita ni, walaupon dah besar panjang masih tak tau nak baca doa iftitah dan doa qunut. Yeps, betol. Kalau korang yang sedang membaca blog ni tahu, Alhamdulillah.  Kepada yang dah tahu boleh lah proceed ke entry seterusnya di SINI.

Tapi kepada yang tak tahu, ha. jom belajar.Takpe, masih belum terlambat. ^^

Alahai~ Valley Of The Wolves Palestine Free



Okeh, kali ni aku nak kongsi ngan korang-korang yang tersinggah mahupon selalu singgah ke blog aku ni.
Satu cerita yang sangat menarik untuk ditonton dan aku rasa, tak keterlaluan kalau aku wajibkan penontonannya(apa punya ayat da) kepada semua orang islam. Cerita ni dikongsi oleh salah seorang rakan aku dari Facebook yang men'suggest'kan aku supaya tengok cerita ni.

Orait, cerita ni sedikit sebanyak mengisahkan tentang bagaimana penentangan israel di palestin. Bagaimana Israel ceroboh palestin dan apa yang diorang buat kat saudara-saudara kita di palestin. Cerita ni membongkar kezaliman Israel terhadap palestin dimata dunia.

Cerita banyak-banyak panjang-panjang kang korang tak payah tengok plak kan. So apa lagi?
 tengok la cerita kat bawah ni. ^^

Alahai~ 5 Setem termahal di dunia




Alert kepada korang pengumpul-pengumpul setem!!!!!!!!.
Pernahkah korang tahu bahawa dengan setem kita boleh buat untung yang besar?(pertanyaan ala2 iklan)
dengan beberapa cara, korang dapat menjadikan koleksi simpanan setem korang tu jadi sesangat lah berharga selain dari jadi bahan untuk korang act depan member-member sebab korang ada setem yang best, jadi bahan untuk tarik minat para gadis sebab hobi korang adalah kumpul setem(kira hobi yang ala2 cute la konon), mahupon dijadikan bahan jualan untuk menambah  dan menjana income anda dari rumah(ayat MLM).
Caranya adalah, korang beli setem-setem kat bawah ni, then korang simpan dalam 10-20 tahun. Pastu jual dengan harga lebih tinggi dari harga korang beli. SETEL.

Saturday, June 4, 2011

Alahai~ 10 benda dan binatang terkecil di dunia

Okeh, tadi kita dah tengok benda-benda yang besar-besar dan panjang-panjang kat dunia ni. Sekarang jom kita usha apa pulak benda yang kecik-kecik dan comel-comel kat dunia. yeah~

Alahai~ 10 bangunan terbesar di dunia.


Pernahkah korang terfikir berapa luaskah bangunan yang terbesar di dunia? agak-agak akalau nak buat padang bola tu boleh tak?
Tapi sebenarnya,. point aku kat sini adalah nak bagi tau yang aku bangga jadi rakyat malaysia sebab bangunan kat malaysia ni pon ada jugak yang tersenarai kat dalam list top 10. Dasyat~~~~


Berikut adalah 10 bangunan paling luas di dunia yang pernah dibuat oleh manusia :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...